Perlis Larang Penjawat Awam Rakam Video Live Di Facebook Semasa Berkerja

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Perlis, Azmi Ibat berkata pada petang semalam penjawat awam di negeri perlis tidak dibenarkan untuk membuat siaran langsung menerusi laman sosial Facebook (Facebook Live) dalam waktu bekerja.

"Tindakan penjawat awam membuat sebarang siaran langsung menerusi media sosial adalah salah dan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972. Kami di JTK juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran jenayah siber kerana wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan komunikasi dan Internet untuk menimbulkan kekeliruan dan penipuan," katanya.



Langkah ini diambil untuk mengelakkan kebocoran maklumat sulit kerajaan negeri daripada tersebar luas di alam maya. Menurut Azmi lagi, tindakan penjawat awam itu boleh mengundang kepada jenayah siber oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan dikenakan tindakan tatatertib jika ditangkap.

"Melalui akta berkenaan dan yang lainnya melarang penjawat awam menggunakan sosial media untuk kegunaan peribadi di waktu bekerja," katanya ketika berucap pada Program Jenayah Siber: Kita Juga Mangsa anjuran Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis DiDewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Padang Behor, Kangar, hari ini.

Sumber: Harian Metro