Perlawanan Akhir PUBG Mobile S1 Akan Diadakan 1 Mei Ini

Perlawanan akhir Liga Profesional Asia Tenggara PUBG Mobile S1 (PMPL SEA S1) bakal dilangsungkan bermula esok, 1 Mei 2020 sehingga 3 Mei 2020.

Melibatkan 16 pasukan dari seluruh rantau Asia Tenggara, mereka bakal berentap bagi merebut tangga teratas dalam liga tersebut. Melalui pertandingan akhir ini, pasukan yang bertanding bakal membawa pulang sebahagian daripada hadiah terkumpul berjumlah USD 150,000.



Pasukan yang bersaing ini terdiri daripada pemenang kejohanan PMPL serantau yang telah berlangsung di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Turut tersenarai ialah pemenang terbaik daripada PUBG Mobile Club Open 2019.

Malaysia bakal diwakili tiga pasukan iaitu  Team Secret, Yoodo Gank dan Bigetron AROV. Untuk makluman, dua pasukan terbaik dalam pertandingan akhir ini akan meneruskan perjuangan mereka di pentas lebih tinggi lagi, Liga Dunia PUBG Mobile.



Bagi anda yang berminat untuk menonton perlawanan akhir Liga Profesional Asia Tenggara PUBG Mobile S1 (PMPL SEA S1), setiap perlawanan akan boleh distrim secara langsung melalui laman melalui laman Facebook rasmi PUBGM MY.