Perkhidmatan Unifi, Streamyx Di Sibu & Tanjung Manis Selesai Dibaik Pulih

Sambungan internet unifi dan Streamyx dari Telekom Malaysia di Sibu dan Tanjung Manis, Sarawak yang tergendala sejak tengah malam tadi telah berjaya dibaik pulih sebentar tadi.

Menurut kiriman di laman Facebook rasmi mereka, gangguan sambungan berkenaan berpunca daripada kerosakan kabel akibat kejadian tanah runtuh.



Telekom Malaysia telah bertindak pantas apabila berjaya menggantikan kabel yang rosak sepanjang 400 meter dalam tempoh tiga jam selepas punca kerosakan dikesan.

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin mengetahui sebarang maklumat/perkembangan terkini mengenai perkhidmatan unifi dan Streamyx, anda boleh ikuti laman Facebook dan Twitter rasmi mereka.

 

Sumber: unifi