Perkhidmatan unifi Di Tawau & Lahad Datu Yang Terjejas Selesai Dibaikpulih

Semalam, pihak unifi ada memuat naik status mengenai insiden kebakaran kabel yang berlaku.

Kebakaran tersebut menyebabkan perkhidmatan unifi di kawasan Tawau dan Lahad Datu telah tergendala untuk beberapa jam.

Bagaimanapun, kerja-kerja membaik pulih kerosakan kabel yang terlibat dilaporkan sudah pun selesai kira-kira jam 6 petang semalam dan perkhidmatan mereka kini kembali seperti biasa.

https://twitter.com/unifi/status/1095500728754294786

Ia disahkan sendiri oleh pihak unifi melalui kiriman Twitter dan Facebook mereka yang diakhiri dengan tanda pagar #KhabarBaik.

 

Sumber: unifi