Perkhidmatan Unifi Dan Maxis Fibre Mengalami Gangguan Di Beberapa Kawasan

Perkhidmatan dari TM hari ini sekali lagi menjadi perbualan dimana sebilangan besar pengguna telah mengadu sambungan internet Unifi dan Streamyx mereka perlahan untuk mengakses web.

Berdasarkan tweet balas kepada pengguna, pihak TM menyatakan beberapa kawasan terjejas iaitu di Utara, Tengah dan Timur Malaysia.



Perkongsian terbaru dari Facebook Unifi pula menyatakan sesetengah pelanggan unifi di kawasan Sentul dan Sabak Bernam mungkin mengalami masalah akibat kabel terpotong oleh kontraktor pihak ketiga.



Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan mungkin dapat berjalan seperti sediakala pada pukul 6 pagi (19 November 2018).

Satu lagi rangkaian yang mengalami masalah adalah perkhidmatan Maxis Fibre. Maklum balas daripada pihak Maxis pula menjangkakan perkhidmatan mereka kembali normal pada jam 2 pagi ini (19 November 2018) jika proses baik pulih berjalan tanpa sebarang halangan.