Perkhidmatan TM WiFi Kini Dikenali Sebagai wifi@unifi, Percuma Sehingga 31 Disember Ini

Dahulunya dikenali sebagai TM WiFi, ia merupakan satu perkhidmatan dari TM Malaysia yang menyediakan kemudahan WiFi untuk kawasan awam di lebih 4000 lokasi seluruh negara.

Terbaru, syarikat komunikasi gergasi negara itu telah mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan TM WiFi kepada wifi@unifi dan bermula pada 16 September lepas, semua pengguna (tidak kira pelanggan TM dan bukan pelanggan TM) boleh mengakses servis wifi@unifi ini secara percuma dan tanpa had dengan sambungan sehingga 4Mbps.

Tawaran percuma ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2017 dan anda boleh menggunakannya tanpa membuat sebarang pendaftaran dan bayaran.

Menurut laman Lowyat.net, untuk akses percuma ini, ia hanya terhad kepada 30 minit sehari dengan sambungan maksimum 1Mbps. Bagi pelanggan UniFi dan Streamyx pula mereka berupaya menerima sambungan sehingga 4Mbps tetapi dengan kuota 500MB sehari. RM3 pula akan dikenakan untuk mengaktifkan akses tanpa had.

Jadi untuk anda yang berada dikawasan capaian wifi@unifi bolehlah menggunakan secara percuma sehingga hujung tahun ini.

Sumber: TM, Lowyat.net