Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama

Perkhidmatan GrabCar, GrabFood dan GrabMart Diperluaskan Ke Beberapa Bandar Di Seluruh Negara

Diterbitkan September 7, 2020 oleh ariff bukhari

Grab mengumumkan pengembangan servis mereka ke beberapa bandar dan bandar-bandar kecil di kawasan luar bandar di bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia.

Ia diumumkan ketika majlis pelancaran Desamall@Mersing, yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Abd Latiff Ahmad.

Image 2
Azly Abdullah, Head, Public & Government Affairs, Grab Malaysia dan YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Pengembangan servis tersebut melibatkan GrabCar, GrabFood dan GrabMart ke bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia mulai September ini termasuklah di Mersing, Segamat (Johor), Cameron Highlands (Pahang), Pantai Remis (Perak) dan Baling (Kedah).

Rancangan pengembangan ini akan menyaksikan perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat mulai akhir September 2020 dan seterusnya diikuti oleh perkhidmatan GrabFood dan GrabMart (100% tanpa tunai dengan GrabPay) yang dirancang untuk dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Dengan pengembangan GrabFood dan GrabMart ke kawasan bandar dan bandar-bandar kecil, ia akan memberi pendekatan tambahan bagi perniagaan untuk memperluas pangkalan pelanggan mereka dengan memanfaatkan jutaan pengguna Grab.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY