Perkara Yang Mungkin Anda Ingin Tahu Tentang Hyperloop

Hyperloop merupakan salah satu bentuk pengangkutan yang diinspirasikan oleh Elon Musk dan sekarang sedang diusahakan oleh beberapa syarikat dan kerajaan.

Apa itu Hyperloop?

Hyperloop ialah satu kapsul yang diletakkan di bawah tanah menghubungkan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Dalam erti kata lain, satu terowong seperti terowong SMART yang menghubungkan kawasan Sg. Besi ke Jalan Tun Abdul Razak.

Bezanya ialah ia bukan terowong lebuh raya biasa, kerana menggunakan konsep kapsul seolah-olah lif yang membawa kenderaan kita ke hujung terminal dalam kelajuan yang tinggi.

Kapsul itu menggunakan motor elektrik selari yang memecut dan diperlahankan menggunakan teknologi elektromagnetik.

Kapsul tersebut akan bergerak laju secara terapung di dalam landasannya hinggakan kelajuan maksima yang boleh dicapai ialah 1,000 km/sejam.

Tempoh masa yang diambil untuk bergerak dari Perlis ke Kuala Lumpur yang jaraknya dalam 401 km boleh dipercepatkan hingga kurang dari 45 minit.

Ini merupakan 5 perkara mengenai Hyperloop

  1. Terdapat dua syarikat utama yang sedang membangunkan Hyperloop. Hyperloop Transport Technologies berpusat di Santa Barbara, California dan sedang membina trek ujian di Quay Valley, California. Satu lagi syarikat ialah Hyperloop One yang berpusat di Los Angeles dan sedang membina trek ujian di utara Las Vegas, Nevada.

  2. Hyperloop Transport Technologies ialah satu syarikat yang dijalankan secara crowdsourcing dan mempunyai 30 pekerja bergaji syarikat dan 800 individu bekerja secara separuh masa. Pekerja separuh masa ini datang dari organisasi seperti SpaceX, NASA dan Boeing.

  3. Hyperloop One merupakan syarikat pertama yang mendemostrasi teknologi ini pada May 2016. Syarikat ini telah pun mempunyai trek ujian penuh dan mempunyai tarikh rasmi untuk menyiapkan sistem yang beroperasi pada tahun 2020.

  4. Hyperloop Transport Technologies mengumumkan telah membuat perjanjian dengan kerajaan Slovakia pada Januari 2017 dan berjanji akan menyiapkan sistem prototaip di sana pada hujung tahun 2017.

  5. Hyperloop One sedang melakukan pertandingan, Hyperloop One Global Challenge yang akan membangunkan lokasi terbaru dari Abu Dhabi ke Dubai.


Sumber

Berkaitan