Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai OnePlus 8T

Sejak 7 tahun kebelakangan ini, OnePlus terus mengutamakan pengalaman penggunaan telefon pintar yang terbaik kepada pengguna.

April lalu, OnePlus telah melancarkan barisan peranti yang mempunyai sokongan rangkaian 5G iaitu OnePlus 8 Series. Ia menampilkan ciri-ciri seperti 120Hz Fluid Display, perkakasan yang canggih serta perisian yang dioptimumkan dengan baik dalam OxygenOS.

Dalam erti kata lain, OnePlus 8 Series menawarkan pengalaman penggunaan yang terbaik untuk pengguna. Namun, tidak terhenti di situ sahaja. Mahu memberikan lebih dari itu, OnePlus hadir dengan model yang lebih baik iaitu OnePlus 8T.

Jika anda tertanya mengenai penawaran OnePlus 8T, di bawah kami senaraikan antara perkara menarik yang anda perlu tahu mengenainya.

Paparan AMOLED 120Hz


Berpanelkan AMOLED dengan saiz 6.55 inci FHD, ia dilengkapi kadar segar semula 120Hz. Dengan kadar segar semula sebegini, sudah pasti ia dapat memberikan pengalaman yang mengasyikkan terutamanya ketika melayari media sosial dan menatal pada skrin OnePlus 8T.



Menerusi input sentuhan 240Hz, anda boleh merasai pengalaman memainkan permainan video PC pada telefon. Setiap sentuhan dan swipe terasa lebih lancar.

Warp Charge 65W









Tidak cukup dengan memberikan kepuasan pengalaman penggunaan, OnePlus 8T turut mempunyai janaan kuasa yang pantas dengan Warp Charge 65W.

perkara menarik OnePlus 8T

Pengisian penuh OnePlus 8T dengan kapasiti bateri 4500mAh mampu dilakukan dalam tempoh sekitar 39 minit sahaja. Dengan itu, tidak perlu lagi mengecas di waktu malam atau sebelum tidur.

Satu pengecas untuk lebih banyak peranti. Tidak dikhususkan untuk OnePlus 8T sahaja, ia boleh digunakan untuk pelbagai telefon, tablet, serta komputer riba.

Anda juga tidak perlu risau mengenai peranti yang terlalu panas ketika melakukan pengecasan. Ini kerana, ia dilengkapi 12 thermal monitor bagi mengekalkan suhu pada tahap selamat.







OxygenOS 11


Tidak dapat disangkal lagi, OnePlus 8T menampilkan ciri yang terkini. Dengan menjalankan OxygenOS 11, ia merupakan peranti pertama dari OnePlus yang mempunyai antaramuka berasaskan Android 11.



Sudah pasti ia memberikan rekaan baharu yang lebih segar dengan kelancaran dalam tugasan seharian serta meningkatkan lagi kecekapan melalui antaramuka yang lebih mudah diakses.

perkara menarik OnePlus 8T

Antara yang terbaru dalam OxygenOS 11 termasuk mod gelap baharu, ciri Always on Display, Bitmoji AOD, kawalan sebelah tangan, Voice Note serta pelbagai lagi.

Sistem Kuad Kamera


Untuk menjadikan gambar yang dirakam seakan jurugambar profesional, OnePlus 8T dimuatkan dengan sistem kuad kamera. Antaranya terdiri daripada 48MP utama, 16MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP monokrom.

perkara menarik OnePlus 8T

OnePlus turut memperkenalkan beberapa ciri kamera baharu seperti Video NightScape, Video Potrait, Video Tracking, dan Super Stable. Melalui mod Nightscape, ia memberikan peningkatan pencahayaan rendah bagi memastikan setiap saat yang dirakam mempunyai perincian yang lebih baik.

Bagi mod Video Portrait, ia mampu menghasilkan rakaman video dengan bokeh yang kelihatan semula jadi.

Rekaan


perkara menarik OnePlus 8T

OnePlus 8T menawarkan rekaan Flowscape yang nipis dengan dua warna yang menawan iaitu Aquamarine Green dan Lunar Silver. Dengan dua warna tersebut, ia menawarkan kemasan dan bahan yang berlainan. Melalui Aquamarine Green, peranti ini memberikan kesan pantulan, lebih bersih serta menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi dalam rekaan telefon pintar iaitu kesan cap jari pada panel belakang.

Bagi warna Lunar Silver, ia menggabungkan kemasan matte yang premium dengan keseimbangan yang sempurna antara elegan dan keselesaan apabila berada dalam genggaman tangan.

Secara keseluruhan, OnePlus 8T menawarkan antara ciri terkini yang perlu ada bagi sebuah peranti flagship.

perkara menarik OnePlus 8T

Bagi anda yang ingin mendapatkan OnePlus 8T, peranti ini ditawarkan pada harga RM2,699 untuk 8GB+128GB. Sementara itu, varian 12GB+256GB diletakkan pada harga RM2,999. Pembelian boleh dilakukan melalui Lazada.

Untuk mengetahui lebih banyak penawaran terkini dari OnePlus, layari halaman Facebook dan Instagram OnePlus Malaysia.

*Advertorial dibawakan oleh OnePlus Malaysia