Sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun lagi.
Bersandarkan kepada semakan oleh laman AV Test, semua pembangun perisian pihak ketiga antivirus komputer menyatakan bahawa mereka masih memberikan sokongan terhadap pengguna umum Windows 7 yang telah ditamatkan sokongannya oleh Microsoft 14 Januari 2020 lalu.
Berikut adalah status sokongan 26 perisian antivirus komputer terhadap sistem Windows 7:-
- Microsoft Security Essentials - MSE merupakan perisian antivirus percuma yang dibangunkan Microsoft bagi melindungi pengguna untuk sistem operasi komputer Windows 7 dan Vista dari serangan virus, perisian intip dan perisian hasad lain. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sokongan MSE sudah ditamatkan Microsoft. Tetapi Microsoft masih akan memberikan 'signature updates' kepada pengguna Windows 7 tanpa dinyatakan tarikh penamatannya.
- Sophos - Pengguna umum perisian ini akan menerima sokongan dari Sophos sehingga Disember 2020.
- McAfee dan F-Secure - Sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.
- Avira - Sokongan ditamatkan pada November 2022.
- AhnLab, AVG, Avast, Bitdefender, Bullgard, Carbon Black, ESET, FireEye, G Data, Ikarus, Kaspersky, K7 Computing, Microworld, PC Matic, Quickheal, Sqqrite, Symantec/NortonLifeLock, ThreatTrack / Vipre, TotalAV, Trend Micro - menyokong para pengguna mereka sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun lagi.
Sungguh pun perisian-perisian antivirus ini masih menyokong sistem Windwos 7, tetapi ia bukanlah sebagai jaminan mutlak komputer pengguna akan terlindung sepenuhnya.
Oleh itu, pengguna Windows 7 amat disyorkan supaya menaik taraf kepada sistem Windows 10 yang lebih moden dan selamat.
Berkaitan
- Ini Mungkin Nama Baru Sistem Operasi Windows 11
- Pengguna Dinasihatkan Supaya Tidak Melakukan Urusan Perbankan Menerusi Windows 7
- Microsoft Menambah Baik Tetapan Pilihan Kad Grafik Pada Windows 10
- Kemas Kini Segera Pengguna Windows 10, Anda Dapat Ciri Perkongsian Baharu
- Kemas Kini Windows 10 Membawa Masalah Kepada Permainan Komputer
- Microsoft Menawarkan Kemas Kini Kumulatif Windows 10 Terbaru
- Pengguna Mendakwa Kemas Kini Windows 10 KB4512941 Menyebabkan Penggunaan Kuasa Pemprosesan Yang Tinggi
- Tetapan Gestur 'Touchpad' Windows 10 Yang Berguna Tetapi Jarang Digunakan Di Komputer Riba
- Windows 10 Akan Memaklumkan Lebih Awal Sebelum Berlakunya Kegagalan Fungsi Storan SSD
- Selepas Lebih 9 Tahun Berkhidmat, Kesemua 7 Edisi Windows 8.1 Ini Bakal Ditamatkan Tahun Depan