Perisian Kamera Xiaomi Mi Mix 3 Bakal Hadir Ke Mi Mix 2S & Mi 8

Xiaomi Mi Mix 3 yang baru diperkenalkan dua hari lepas dilaporkan mempunyai kualiti kamera yang setanding dengan dua peranti yang lebih premium dan mahal iaitu Samsung Galaxy Note 9 dan HTC U12+.

Kualiti yang ada pada peranti ini bukan bergantung pada keupayaan perkakasannya sahaja, malah turut terkesan dengan prestasi yang ditawarkan oleh perisiannya.



Memandangkan kamera yang ada pada Mi Mix 3 ini mempunyai modul yang sama seperti Mi Mix 2S dan Mi 8, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka akan memperkemaskan perisian kamera pada dua model ini dengan pemprosesan yang sama seperti Mi Mix 3.

Kemaskini ini dijangka akan turut dinikmati oleh model Mi 8 Explorer Edition memandangkan ia juga memiliki modul kamera yang sama.



Perkara ini semestinya menjadi satu berita yang menggembirakan buat pengguna Mi Mix 2S dan Mi 8. Bagaimanapun, pihak Xiaomi masih belum memberitahu bilakah kemaskini ini akan dibekalkan kepada mereka buat masa kini.

Bagi pengguna Mi Mix 2S dan Mi 8, teruskan bersama kami untuk perkembangan lanjut mengenai perkara ini.

 

Sumber: GSMArena

Berkaitan