Goole Play Store masih menjadi tempat persembunyian perisian hasad walaupun dilindungi ciri keselamatan moden yang ada.

Pasukan penyelidik keselamatan dari Check Point telah menemukan satu lagi perisian hasad terbaru yang dikenali sebagai Tekya. Perisian hasad ini dikategorikan dalam keluarga auto-clicker malware yang menjalankan operasi klik automatik pada iklan-iklan yang dipaparkan di atas aplikasi-aplikasi bagi mengaut keuntungan mudah.

Pihak Check Point mengesan Tekya bersembunyi di dalam 56 aplikasi yang ditawarkan dalam  Google Play Store. Secara khususnya Tekya bersembunyi di dalam 24 aplikasi permainan kanak-kanak dan 32 aplikasi utiliti untuk peranti Android.

Aplikasi-palikasi itu pula secara keseluruhan telah dimuat turun berjuta kali oleh pengguna Android di seluruh dunia.

Tekya beroperasi dengan menjalankan aktiviti klik automatik pada iklan-iklan yang dipaparkan oleh Google, AppLovin, Facebook dan Unity  tanpa perlukan interaksi penggunanya.

IKLAN

Menjadikannya lebih buruk, pihak Google sendiri menerusi ciri keselamatan Google Play Protect yang ada pada Play Store tidak mengesan keberadaan perisian hasad ini.

Sungguhpun pihak Google telah membuang kesemua aplikasi-aplikasi yang terjejas dari Google Play Store, tetapi pihak Google masih belum berjaya mengesan dan membuang Tekya dari Play Store.

IKLAN

Sekaligus membuktikan stor tersebut masih menjadi tempat persembunyian perisian hasad bagi menyerang pengguna peranti pintar Android di seluruh dunia.

During this research, the Tekya malware family went undetected by VirusTotal and Google Play Protect.” Check Point.

Berikut adalah senarai pakej-pakej aplikasi yang terjejas dengan Tekya dan telah dibuang dari Play Store menurut penyelidik Check Point:-