Perisian hasad Exodus mencuri makumat privasi dan pelbagai maklumat sulit lain dari peranti iPhone.
Penyelidik dari firma keselamatan peranti pintar Lookout baru-baru ini telah mendedahkan perisian hasad (malware) yang dahulunya hanya menyerang pengguna peranti Android kini telah turut mula menyerang pengguna iPhone.
Cuma cara ia menyerang pengguna iPhone adalah berbeza daripada pengguna Android. Jika diperanti Android, perisian hasad yang dikenali sebagai Exodus ini akan menjangkiti peranti Android melalui muat turun aplikasi dari Google Play Store.
Tetapi terhadap iPhone pula, perisian hasad tersebut menyerang pengguna iPhone menerusi program Apple Developer Enterprise.
Program tersebut memberikan kelebihan kepada organisasi untuk mengedar aplikasi yang berdaftar secara dalaman kepada pekerja-pekerja mereka dengan memintas App Store Apple.
Walaubagaimanapun terdapat kumpulan yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan penyebaran perisian hasad tersebut kepada pengguna iPhone dengan menyalah gunakan sijil aplikasi enterprise yang diperolehi mereka dari pihak Apple.
Akibatnya, perisian hasad Exodus yang berasal dari negara Itali ini telah turut menjejaskan pengguna iPhone dengan mencuri data-data peribadi seperti senarai orang hubungan, fail audio, video, gambar dan pelbagai maklumat sulit lain yang ada di dalam peranti tersebut.
Pihak Lookout telah mengkongsikan penemuan isu keselamatan ini dengan pihak Apple Inc. dan mereka telah pun mengambil tindakan segera dengan menarik balik sijil-sijil aplikasi yang terjejas.
Oleh itu, aplikasi-aplikasi yang terjejas telah dibuang dari App Store dan tidak lagi boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone.
Penggodam akan sentiasa mencari jalan bagi mencuri pelbagai maklumat pengguna dan mengeksplotasikannya. Jadi sentiasalah berwaspada terhadap aplikasi-aplikasi yang dimuat turun ke dalam peranti anda.
Berkaitan
- Razer Menghasilkan Alat Kawalan Permainan Untuk Platfom iOS Dan Android
- 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, 'Haken' Dan 'Joker'
- Pengguna iPhone Alami Isu Bateri Apabila Memainkan Spotify
- Hati-Hati, 3 Pakej Aplikasi YouTube Palsu Ini Aktif Intip Pengguna Android
- Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines
- Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Android 10, 11 Dan 12
- Apple Dilaporkan Akan Melancarkan Versi Terbaru iPhone 8 Pada Mac 2020
- Buang Segera 19 Aplikasi Android Ini Dari Peranti, Joker Bersembunyi Di Dalam
- Kini Anda Boleh Lihat Masa Yang Dihabiskan Di Skrin Peranti Android Terus Dari Antaramuka Peranti
- Penggodam Berpihak Kerajaan Didapati Ceroboh Pengguna Android Dan Pelayar Chrome