Masih versi perisian hasad yang sama tetapi dibangun menggunakan bahasa pengaturcaraan yang berbeza.
Penyelidik dan pembangun aplikasi keselamatan komputer, Kaspersky melaporkan mereka telah mengesan perisian hasad terbaru yang dibangunkan oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagi Turla.
Kumpulan tersebut yang dikenali menerus perisian hasad KopiLuwak didapati telah membangunkan pula perisian hasad yang dpanggil Topinambour,.
Topinambour adalah versi perisian hasad yang sama dengan KopiLuwak, cuma ia dibangunkan dengan bahasa pengkodan yang berbeza.
Ia disebarkan dengan menjangkiti installation packsĀ untuk aplikasi yang memintas penapisan internet.
Penyelidik percaya bahawa teknik tersebut digunakan sebagai cara untuk menyukarkan perisian hasad tersebut dikesan oleh pengimbas aplikasi keselamatan serta lebih mudah menyasarkan mangsanya.
Topinambour pertama kali dikesan pada awal 2019 lalu apabila ia bertindak menyerang entiti milik kerajaan. Perisian hasad ini dinamakan sempena nama satu sayuran yang turut dikenali sebagai Jerusalem artichoke.
Turla merupakan satu kumpulan penggodam berprofail tinggi yang berasal dari Rusia dengan menjadikan pihak kerajaan dan pihak diplomatik yng berkaitan dengannya sebagai mangsa mereka, termasuklah sektor pendidikan, ketenteraan dan penyelidikan.
Pada lewat Jun baru-baru ini, kumpulan tersebut dipercayai bertanggungjawab menyerang pelantar minyak yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Iran.
Berkaitan
- Perisian Hasad Android Terbaru Kononnya Bertindak Sebagai Penghalang Iklan, Walhal...
- Play Store Jadi Persembunyian Perisian Hasad Baru Ini Untuk Curi Duit Mangsa
- Aplikasi Baru Ini Adalah Perisian Hasad Yang Merakam Aktiviti Skrin Peranti Android
- Serangan Siber Menurun Kerana Penggodam Lebih Banyak Habiskan Masa Cipta Perisian Lebih Canggih
- Buang Segera Aplikasi Rakaman Ini Dari Peranti, Mengandungi Perisian Intip AhRat
- Perisian Hasad Terbaru Ini Sudah Menjangkiti Lebih Daripada 5 Ribu Komputer Di Seluruh Dunia
- Perisian Hasad BillGates Mengubah Fungsi Enjin Carian Kepada 'Zombi' Perlombongan Kriptowang
- Ribuan Peranti Android Termasuk 7 'Android Box' Ini Didapati Ada Perisian Hasad
- Penggodam China Disyaki Menyebarkan Perisian Hasad Yang Tidak Boleh Dibuang
- Pengguna VPN Kini Menjadi Sasaran Perisian Hasad Trickbot