Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple m1

Perisian Hasad Kini Menyerang Cip Pemproses Apple M1

Diterbitkan Februari 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Perisian hasad pertama dijumpai buat kali pertama pada cip M1 Apple sejak komputer riba ini dilancarkan tahun lalu.

Perkara ini dilaporkan penyelidik keselamatan Mac, Patrick Wardle yang mana beliau menjumpai perisian hasad ini pada adware extension Safari iaitu GoSearch22.

Ia menyasarkan paparan iklan dan juga mengambil data dari pelayar web pengguna.

Kata Wardle, kebanyak sistem anti-virus dapat mengetahui perisian hasad ini pada Mac versi Intel tetapi versi cip M1 masih belum dapat mengenalpastinya.

Akan tetapi Apple telah pun menarik balik perakuan pembangun adware ini.

Selain itu, penyelidik dari syarikat keselamatan Red Canary turut memberitahu bahawa masih ada perisian hasad lain pada M1 ini selain yang dijumpai Wardle dan ia sedang disiasat.

Buat masa kini, hanya komputer riba MacBook Pro, MacBook Air dan Mac mini yang mempunyai cip M1 sahaja terkesan.

Sumber: wired

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY