FakesAdsBlock menjadi pusat memaparkan pelbagai iklan diperanti Android.
Penyelidik keselamatan Malwarebytes melaporkan penemuan perisian hasad penghalang iklan palsu yang sedang aktif menjangkiti pengguna peranti Android.
Menurut Malwarebytes, dianggarkan lebih daripada 500 peranti Android sudah dijangkiti perisian hasad ini yang dinamakan sebagai Android/Trojan.FakeAdsBlock.
Perisian hasad ini bertindak kononnya sebagai penghalang iklan pada peranti pengguna, tetapi sebenarnya ia menjadi platfom yang akan memaparkan pelbagai iklan-iklan yang tidak berkaitan kepada pengguna.
"This nasty piece of mobile malware cleverly hides itself on Android devices while serving up a host of advertisements: full-page ads, ads delivered when opening the default browser, ads in the notifications, and even ads via home screen widget."
Kebiasannya, perisian hasad memang sukar dilihat secara terangan pada peranti. Tetapi pengguna boleh mengesan antara petanda yang peranti mereka telah dijangkiti perisian hasad tersebut adalah dipaparkan ikon kunci seperti rajah di bawah.
Sebenarnya ikon kunci tersebut adalah sambungan VPN palsu yang dicipta Ads blocker tersebut bagi menipu mangsanya.
Satu lagi tanda yang peranti Android pengguna telah dijangkitinya adalah terpaparnya notifikasi kosong seperti rajah di bawah.
Apabila pengguna klik pada ruang notifikasi kosong itu, ia akan mula meminta kebenaran pengguna bagi memasang aplikasi meragukan yang mengandungi perisian hasad.
Oleh itu pengguna Android diminta berhati-hati dengan tanda-tanda ini.
Setakat ini penyelidik masih belum dapat mengesan sumber perisian hasad ini. Tetapi ia dipercayai disebarkan menerusi laman-laman sesawang yang menawarkan tontonan filem secara percuma.
Ketika ini Android/Trojan.FakeAdsBlock sudah mula menyerang pengguna Android di Amerika Syarikat dan penyelidik mula mengesan penyebarannya di Eropah seperti di negara Perancis dan Jerman.
Berkaitan
- Lebih Ramai Pembangun Meninggalkan Aplikasi Android Berbanding iOS - Penyelidik
- Pengguna Android Digesa Membuang Segera 23 Aplikasi Ini Dari Peranti
- Pengguna Android Berhati-Hati, Perisian Hasad Baru Dikesan Disebar Secara Automatik Melalui Aplikasi WhatsApp
- Ini Spesifikasi Minimum Yang Diperlukan Telefon Pintar Untuk Menyokong Android 13
- Pengguna Chrome Jaga-Jaga, Perisian Hasad Paling Bahaya Di Dunia Curi Data Kad Kredit
- Anda Patut Hidupkan Ciri Tersembunyi Ini Untuk Jadikan Telefon Pintar Android Lebih Selamat
- Data Sensitif Pengguna Android Didapati Boleh Diakses Aplikasi Pihak Ketiga
- Senarai Telefon Pintar Android Yang Dilengkapi Dengan Cip Pemprosesan Snapdragon 855 Setakat Ini
- Perisian Hasad Peranti Android Kini Mula Menjangkiti iPhone
- Ribuan Peranti Android Termasuk 7 'Android Box' Ini Didapati Ada Perisian Hasad