Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Cetak Rompak Didakwa Penyebab Lebih 1.2 TB Data Dicuri

Perisian Cetak Rompak Didakwa Penyebab Lebih 1.2 TB Data Dicuri

Diterbitkan Jun 11, 2021 ยท Dikemas kini Jun 11, 2021 oleh Helmi Samsuri

Pelbagai perisian komputer dibangunkan saban tahun dan sejak awal lagi, ia dihantui dengan masalah cetak rompak. Apa tidaknya, perisian yang mungkin dijual ratusan ringgit atau langganan ribuan ringgit boleh dimuat turun secara percuma di internet.

Ini bukan masalah baru, walaupun kita sudah sekian lama didedahkan tentang bahayanya pemasangan perisian cetak rompak pada peranti. Mungkin ia percuma, tetapi ada ‘perkara’ yang perlu dibayar.

Menurut laporan dari NordLocker, terdapat perisian hasad yang sudah menular dalam tempoh dua tahun kebelakangan iaitu antara 2018 hingga 2020. Apa yang mengejutkan adalah perisian hasad tersebut sudahpun menyelinap masuk ke lebih dari 3.2 juta komputer.

Ia masih belum mempunyai nama kerana baru sahaja dikesan dan kaedah untuk menyerang komputer pengguna adalah berselindung disebalik perisian cetak rompak. Contoh seperti perisian permainan komputer dan Adobe Photoshop

Dianggarkan 1.2 TB data peribadi telah dicuri perisian hasad tersebut dari komputer yang dijangkiti. Antaranya adalah fail yang terletak di Desktop, Download, serta dari format, imej, Word, teks dan banyak lagi.

Turut membimbangkan adalah perisian hasad tersebut mampu mengakses kamera web komputer dan merakam gambar pengguna. NordLocker juga menyatakan bahawa perisian hasad ini boleh didapati dari forum di dark web dan laman sembang tertutup pada harga sekitar $100 (~RM411).

Pembangun perisian bukan sahaja menjual, malah memberi tunjuk ajar cara penggunaan serta bagaimana mahu mendapatkan keuntungan dari data yang telah dicuri.

 

Sumber: NordLocker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY