Dahulunya adalah "Kaspersky Free Antivirus".
Jika anda sedang tercari-cari versi perisian antivirus percuma dari Kaspersky yang dikenali sebagai "Kaspersky Free Antivirus", anda mungkin hairan kerana tidak menjumpainya.
Ini kerana versi perisian tersebut telah ditukarkan namanya (dinaik taraf) kepada "Kaspersky Security Cloud Free".
Tetapi, walaupun versi Kaspersky Free Antivirus sudah tidak ditawarkan lagi, pengguna yang sedang menggunakan aplikasi tersebut masih berfungsi seperti biasa. Pihak Kaspersky juga memaklumkan bahawa mereka tidak merancang untuk menamatkannya dalam masa terdekat ini.
"Do not worry! Kaspersky Free Antivirus will continue to work properly. The license is updated automatically; You do not have to download Kaspersky Security Cloud Free immediately - although of course we recommend it." Kaspersky.
Perbezaan ketara antara Kaspersky Free Antivirus dengan Kaspersky Security Cloud Free adalah ia kini turut ditawarkan untuk platfom peranti pintar iOS dan Android.
Kaspersky Security Cloud Free sudah pun boleh dimuat turun dari laman rasmi Kaspersky dan menyokong platfom Windows, iOS dan Android.
Cuma untuk menggunakannya, anda perlulah mencipta akaun Kaspersky terlebih dulu (jika belum ada).
Berkaitan
- Kaspersky Bekerjasama Dengan Pihak INTERPOL Dalam Usaha Memerangi Jenayah Siber
- Pelajar Di Negara-Negara Asia Tidak Suka Belajar Secara Atas Talian - Kaspersky
- Kaspersky Mendakwa Berlaku Penyebaran Perisian Hasad Yang Menyamar Sebagai Buku Teks Dan Esei Digital Dikalangan Pelajar
- Pengguna Kaspersky Di Malaysia Ke-3 Tertinggi Sekat Serangan Pautan 'Phishing' Di Asia Tenggara
- Beli Produk Kaspersky Serendah RM70 Dan Menangi iPhone 14, Galaxy S23
- Malaysia Antara Negara Asia Tenggara Paling Banyak Berdepan Serangan 'Phishing' - Kaspersky
- Serangan Ransomware Di Malaysia Meningkat Sehingga 58% Tahun Ini - Kaspersky
- Kerajaan Jerman Melarang Penggunaan Perisian Antivirus Kaspersky
- Kaspersky Kini Ahli Malaysian Internet-of-Things Association
- Buat Pertama Kalinya Pusat Transparensi Kaspersky Di Switzerland Terima Lawatan Pegawai Berpangkat Tinggi Dari Malaysia