Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Antivirus McAfee Didapati Mempunyai Kecacatan Yang Boleh Dieksploitasi Penggodam

Perisian Antivirus McAfee Didapati Mempunyai Kecacatan Yang Boleh Dieksploitasi Penggodam

Diterbitkan November 14, 2019 · Dikemas kini November 14, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna diminta mengemas kini perisian antivirus McAfee yang terjejas.

Penyelidik keselamatan dari SafeBreach Labs mendedahkan penemuan kecacatan terhadap kesemua edisi perisian antivirus McAfee.

Kecacatan yang didaftarkan dengan kod CVE-2019-3648 (Common Vulnerabilities and Exposures) itu didakwa boleh dieksplotasi yang menyebabkan penggodam melepasi ciri keselamatan perisian antivirus tersebut.

Sekaligus menyebabkan komputer pengguna terdedah kepada serangan. Versi-versi perisian antivirus McAfee yang didakwa terjejas dengan isu ini termasuklah McAfee Total Protection (MTP), Anti-Virus Plus (AVP) dan Internet Security (MIS).

Penemuan kecacatan ini pertama kali dilaporkan kepada pihak McAfee adalah pada 5 Ogos lalu menerusi program penjejakan pepijat oleh platfom HackerOne.

Pihak McAfee telah respon pada 21 Ogos lalu dan mengesahkan kecacatan tersebut pada 3 September lalu. Seterusnya pada 12 November baru-baru ini, pihak McAfee mengeluarkan laporan berkenaan kecacatan tersebut serta memaklumkan tindakan yang telah diambil mereka bagi menangani masalah pada perisian mereka.

Pengguna yang ada memasang perisian antivirus McAfee pada peranti pintar dan komputer  yang terjejas sudah boleh mula mengemas kini perisian tersebut sejak 6 November lalu.

Sumber: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY