Perintah Kawalan Pergerakan - MDEC Galak Orang Ramai Guna Platform e-Pembelajaran

Berikutan penutupan sementara semua sekolah, IPTA dan IPTS, MDEC menggalakkan masyarakat untuk menggunakan platform e-pembelajaran dan alternatif digital semasa tempoh PKP ini.

Dengan arahan penutupan insititusi pendidikan, ia dapat membuktikan kepentingan teknologi digital dalam kehidupan rakyat dan kesan positif daripadanya.

MDEC menawarkan beberapa kursus menerusi platform mereka yang boleh diterokai oleh para pelajar di peringkat pendidikan sama ada rendah, menengah dan pendidikan tinggi. Senarai kursus tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Ibu bapa yang bekerja dari rumah juga boleh mengambil peluang ini untuk memastikan anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti positif serta kandungan yang memberi manfaat.

Selain itu, Institut Teknologi Digital Premier (PDTI) turut mencari kaedah baru untuk membangunkan perkhidmatan penyampaian dalam talian dan kandungan digital bagi memenuhi keperluan pelajar.

Sebahagian PDTI yang menawarkan kursus e-pembelajaran ialah universiti awam dan swasta seperti UM, UTM dan Universiti HELP.

Sumber : Bernama