Huawei Mate 20 Pro, Matebook X Pro, Watch GT - Bagaimana 3 Gajet Ini Menjadikan Percutian Anda Lebih Selesa

Cuti sekolah tiba lagi.  Ketika ini adalah waktu yang paling sesuai untuk kita beristirehat dan bercuti bersama keluarga. Melancong ke tempat-tempat menarik biasanya menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan masa bersama.

Mengambil gambar boleh dikatakan wajib dilakukan ketika melancong. Tiada guna melancong ke tempat-tempat yang cantik dan menarik tanpa merakam gambar kenangan, bukan?

Namun, tidak semua yang gemar atau mahu membawa kamera DSLR kehulu kehilir semasa bercuti. Untuk itu, peranti yang paling sesuai digunakan untuk mengambil gambar percutian tidak lain dan tidak bukan, Huawei Mate 20 Pro.



Dengan rekaan tri-kamera utama berprestasi tingginya, gambar kenang-kenangan anda semasa bercuti pasti akan dapat diambil dengan sempurna. Dengan gabungan lensa 40MP + 20MP + 8MP, Mate 20 Pro akan menawarkan tangkapan imej yang cantik seterusnya menjadikannya lebih istimewa.

Bercuti dengan keluarga yang besar? Jangan bimbang, keseluruhan keluarga akan dapat dimuatkan dalam satu gambar melalui bantuan lensa ultra-luas 20 MP LEICA. Lensa telefoto 8MP dengan 3x zoom optikal juga  membolehkan anda menangkap pemandangan cantik dari jarah jauh.



Bercerita mengenai pemandangan, kamera telefon ini juga dilengkapi dengan AI Scene Recognition, di mana ia boleh mengesan lebih daripada 1500 senario berbeza. Rakaman video pula disokong dengan teknologi video pertama di dunia, AI Potrait Color. Memang sesuai untuk merakam video dalam apa jua suasana.



Ketahanan bateri telefon pintar sering menjadi kerisauan terutamanya bagi mereka yang lebih suka keluar bersiar-siar daripada terperap di dalam bilik hotel ketika bercuti. Dengan Mate 2 Pro, anda tidak lagi perlu risau. Ini kerana bateri 4,200mAh yang dimiliki peranti ini mampu bertahan untuk tempoh yang lama.



Malah, telefon ini juga disokong dengan pengecasan terpantas di dunia. Dengan pengecasan Huawei SuperCharge 2.0, anda akan dapat mengecas sehingga 70% dalam tempoh hanya 30 minit. Wow! Tidak cukup dengan itu, ia turut mempunyai pengecasan tanpa wayar 15W yang juga merupakan yang terpantas di dunia hari ini.

Tidak cukup dengan itu, pengguna siri Huawei Mate 20 juga bakal menikmati layanan istimewa ala VIP daripada rakan VIP Huawei. Antaranya ialah Malaysia Airlines, Sheraton Imperial Group, Aerocentric , Plaza Premium Lounge dan banyak lagi. Memang sesuai untuk anda yang suka melancong.

Akan tetapi, percutian tidak selalunya indah. Pernah tak ketika anda sedang bercuti, namun minda anda masih di pejabat kerana memikirkan bebanan kerja yang bertimbun? Tak perlu bimbang.. Dengan MateBook X Pro, anda boleh bawa sekali tugasan di pejabat bersama anda ke mana jua.



Memang tidak dinafikan, apa gunanya bercuti jika masih memikirkan kerja. Akan tetapi kadangkala ada tuntutan kerja yang terpaksa kita penuhi secara tiba-tiba atau urgent walaupun ketika sedang menikmati masa bersama keluarga.

Maka dengan MateBook X Pro ini, masalah itu akan dapat diselesaikan. Tambahan pula, dengan reka bentuknya yang sangat nipis(14.6mm) dan berat cuma 1.33kg, anda tidak akan rasa terbeban sekiranya perlu membawa bersama komputer riba ini semasa ingin bercuti.

Peranti ini turut dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang mantap, seperti pemproses Intel i5/i7 Generasi Ke-8, sekaligus mampu untuk menuruti segala kehendak kerja anda.



Menonton filem bersama keluarga sebelum masuk tidur selepas bersiar seharian juga adalah seronok memandangkan ia hadir dengan paparan LPS dengan resolusi 3K selain sistem bunyi Dolby Atmos. Memang syok habis!

Bergambar dengan keluarga, boleh gunakan Mate 20 Pro. Siapkan tugasan kerja, boleh gunakan MateBook X Pro. Bagaimana pula dengan diri kita sendiri? Di sinilah pentingnya jam pintar Huawei Watch GT kepada anda yang sedang bercuti tu.



Walaupun sedang bercuti, kesihatan tubuh badan juga perlu terus dijaga terutamanya bagi yang bercuti untuk tempoh yang agak lama. Anda perlu juga mencuri sedikit masa untuk melakukan senaman demi kebaikan tubuh badan.



Dengan Watch GT ini, anda bukan sahaja boleh menerima notifikasi melaluinya, malah ia juga boleh digunakan sebagai alat pengesanan tahap kesihatan anda. Ini kerana ia mempunyai beberapa fungsi seperti imbasan kadar denyutan jantung, jumlah langkah serta gaya tidur si pemakai.



Melaluinya, jam pintar ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai tahap kesihatan diri anda walaupun ketika sedang berseronok. Tambahan pula, ia adalah kalis air. Jadi anda boleh berenang sambil memakainya tanpa sebarang kerisauan.

Bukan itu sahaja, Huawei Watch GT ini mempunyai daya tahan bateri sehingga dua minggu penggunaan. Jadi, tak perlu takut jam pintar ini akan kehabisan bateri.



Oh ya! Sebelum terlupa, selain Watch GT, Mate 20 Pro juga boleh digunakan sebagai "alat bantuan" untuk anda mengekalkan kesihatan anda di tahap yang terbaik. Dengannya, anda boleh mengesan jumlah kalori makanan yang berada di hadapan anda sebelum memilih untuk menikmatinya atau tidak.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan tiga peranti keluaran Huawei ini sebelum anda pergi bercuti bersama keluarga semasa musim cuti persekolahan ini. Anda boleh mendapatkannya melalui gedung atas talian Huawei.

Untuk mengikuti dengan lebih lanjut mengenai tiga model ini dan produk-produk keluaran Huawei yang lain, sila ikuti laman rasmi Huawei Malaysia di Facebook.

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Huawei Malaysia.