Perbezaan Uber Dan Grabcar - Yang Mana Tambang Lebih Murah

Perkhidmatan Uber dan Grabcar semakin mendapat perhatian di hati pengguna di Malaysia kerana tambangnya yang jauh lebih murah berbanding teksi.

Jadi yang mana satu tambang lebih murah? Uber atau Grabcar? Ianya terpulang kepada jarak yang diambil dan keadaan trafik pada ketika itu.

Dari segi jarak perjalanan;

Anda akan dikenakan caj tambang sebanyak RM 0.50/km manakala Grabcar akan mengenakan caj RM 1.00/km

Dari segi masa;

Uber akan mengenakan caj tambang RM0.25/minit manakalah Grabcar pula RM 0/minit.

Ini bermakna tambang Grabcar lebih mahal berbanding Uber sekiranya anda mengambil jarak perjalanan yang jauh. Namun tambang Uber pula akan jadi lebih mahal sekiranya anda berada dalam jalan sesak kerana setiap minit perjalanan akan diambil kira.

Jadi, kami menasihatkan kepada pengguna Uber dan Grabcar supaya lebih peka terhadap hal ini. Sekiranya anda mahu ke destinasi yang jauh, adalah lebih baik anda menggunakan khidmat Uber. Sekiranya anda mahu bertolak ke destinasi yang lebih dekat dan dalam keadaan sesak terutamanya di sekitar Kuala Lumpur, adalah lebih baik anda menggunakan khidmat Grabcar.

Jika anda pengguna tetap Uber dan Grabcar, sentiasa peka dengan promosi dan diskaun yang ditawarkan kepada pengguna. Ada kalanya Uber memberikan promosi perjalanan percuma untuk jarak 5 kilometer. Uber mengambil kira kedua-dua masa dan jarak perjalanan manakala Grabcar pula telah menetapkan jangkaan harga tambang sebelum perjalanan dimulakan.

Yang paling penting sekali, rancang dahulu perjalanan anda. Kenal pasti masa dan jarak perjalanan dengan lebih awal.