Perbezaan Antara Penilaian kalis Air IP67 dan IP68

iPhone 7 mempunyai sokongan kalis air IP67 sama seperti Apple Watch manakala Samsung Galaxy S7 pula diperakui dengan keupayaan kalis air IP68. Jadi apa perbezaan kedua-dua penilaian kalis air ini dan manakah yang lebih bagus?

Setiap telefon pintar ketika ini perlu mempunyai sijil IP yang disahkan bergantung kepada keupayaan dan ketahanan terhadap air dan debu telefon itu sendiri. 'IP' itu bermaksud 'International Protection' iaitu sejenis piawaian yang ditetapkan oleh International Electrotechnical Commission (IEC).

6 - Angka pertama bermaksud keupayaan kalis habuk dan debu, termasuklah juga kotoran umum seperti pasir. Sebagai contoh, Samsung Galaxy S7 dan iPhone 7 memperoleh rating '6'  yang bermaksud peranti tersebut mempunyai perlindungan lengkap terhadap habuk dan debu berdasarkan ujian ketahanan selama 8 jam.

7 - Digit kedua pula adalah berkenaa pensijilan untuk kalis air. Bagi kami, bahagian ini yang sangat penting untuk pembaca fahami. Digit 7 itu bermaksud ketahanan air yang sederhana. Peranti seperti iPhone 7 yang mempunyai sijil kalis air IP67 tidak boleh direndam ke dalam air. Ianya hanyalah untuk aplikasi seperti hujan dan renjisan air. IP67 tidak boleh menahan tekanan tinggi jika direndam kedalam air.

8 - Samsung Galaxy S7 menerima sijil kalis air IP68 yang bermakna peranti ini mempunyai ketahanan air sedalam 1.5 meter selama 30 minit.Samsung ketika ini juga telah memperkenalkan beberapa telefon Galaxy A dan Jam pintar Gear S2 yang juga mempunyai kalis air IP68 manakala Sony dengan Xperia XZ.