Perbezaan Antara ODM Dan OEM

*Artikel ini disumbangkan oleh saudara A.Faisal @shahrotkhan. Bagi anda yang berminat untuk menyumbangkan artikel boleh hantarkan ke emel kami di [email protected].


Pada hari selasa beberapa minggu yang lepas,saya terbaca posting seorang rakan yang menghadapi kesulitan setelah 'teman' seperjuangannya, sebuah laptop asus GL552v rebah di medan setelah  setia bersama dengannya sejak bertahun-tahun yang lalu.




Namun, teringat dalam buruk ada baiknya,saya manfaatkan rahmatNya ini untuk satu penulisan ringkas yang memberi pengenalan jenama laptop Asus serta beberapa istilah teknologi yang digunakan bagi membantu sedikit pemahaman pembaca.


Tahukah pembaca sekalian,syarikat Asus merupakan salah satu pembuat utama IPhone untuk jenama Apple.


Sejarah ringkas laptop ASUS


Sekarang dikenali sebagai salah satu jenama laptop gaming(dengan barisan komputer gaming ROG(Republic of Gamers) yang paling berpengaruh.


Namun sebelum mengorak langkah memperkenalkan laptop dengan jenama sendiri di ruang mainstream, Asus hanya dikenali sebagai ODM dan bergerak disebalik tabir dalam pembuatan laptop untuk beberapa jenama-jenama terkemuka seperti Dell,HP dan Acer.


Kejayaan syarikat ODM Acer yang tampil  ke dunia "mainstream" dengan jenama sendiri di awal abad-21 menjadi salah satu faktor yang mendorong Asus untuk turut terjun kedalam dunia mainstream.


Pada tahun 2008, mereka mula memperkenalkan barisan Asus Eee Pc.Bagi memfokuskan pembinaan jenama sendiri, Asus menyerahkan perniagaan OEM mereka kepada syarikat subsidiari iaitu Pegatron.



Ada khabar angin, usaha pemisahan ini turut dipengaruhi oleh ketidaksenangan pelanggan sedia ada Asus. Ia berikutan konflik berkepentingan yang wujud apabila Asus menyelenggara jenama pelanggan mereka dan diri-sendiri sekaligus.


Sedikit  kupasan istilah teknologi 

Mungkin istilah ODM dan OEM kedengaran asing dan mengelirukan untuk kebanyakan pembaca. OEM bermaksud Original Equipment Manufacture dan ODM ialah  Original Design Manufacturer.


Sebilangan menyatakan OEM tidak merekabentuk apa-apa dan bertindak hanya sebagai pembuat untuk sebarang produk yang dikelolakan pelanggan mereka.


ODM pula merekabentuk produk dalam keadaan sedia lengkap untuk pelanggan yang tiada kepakaran dalam merekabentuk produk.

Bagi pengguna elektronik yang lebih celik teknologi mungkin terbiasa dengan analogi pada gambarajah dibawah.






Situasi pasaran setempat di Malaysia

Definisi OEM dan ODM mungkin mempunyai takrifan yang berbeza antara komuniti ke komuniti.

Artikel kali ini ingin menggunapakai takrifan yang mengelaskan OEM sebagai syarikat laptop berjenama dan ODM adalah syarikat yang berdiri dibelakang pembuatan laptop-laptop untuk OEM dan juga syarikat-syarikat yang lebih kecil.

Jikalau laptop OEM seperti jenama terkemuka seperti ASUS,DELL,HP,ACER dan LENOVO cukup dikenali dalam pasaran Malaysia,apakah wujud laptop-laptop ODM?

Ingat, syarikat ODM tiada jenama tersendiri dalam pasaran. Jadi jika saya sebutkan beberapa contoh ODM seperti Clevo,Tongfang,Quanta,Compal dan Winstron,tiada siapa pun dapat mengecam syarikat-syarikat tersebut.

Di situlah datangnya syarikat-syarikat kecil tempatan seperti Illegear,Aftershock dan Techarmory yang menjual laptop dengan penjenamaan semula.

Syarikat-syarikat kecil ini ada gelaran istimewa iaitu "boutique sellers" atau butik khas untuk laptop yang menawarkan pengubahsuaian spesifikasi serta khidmat pelanggan yang lebih ekslusif. Bukan Harvey Norman tempatnya bagi laptop butik para pembaca sekalian.

Menjawab persoalan awal tentang IPhone untuk lebih tepat, syarikat Pegatron dan bukan Asus yang terlibat dalam pembuatan IPhone.

Pegatron juga baru membuka kilang operasi di negara jiran kita Indonesia pada kuarter kedua tahun 2019.

 

Berkaitan