Perbelanjaan Kepada Permainan Video Sepanjang Separuh Pertama 2018 Catat Rekod Baru

Bermain permainan video tidak pernah menjadi satu hobi yang murah. Malah hari ini, hobi tersebut memerlukan perbelanjaan yang semakin tinggi. Perkara itu telah terbukti dalam satu kajian yang telah dibuat oleh NPD Group, sebuah penganalisa pasaran di Amerika Syarikat.

Menurut analisa tersebut, jumlah perbelanjaan pada permainan video di negara berkenaan telah meningkat sebanyak 40% pada separuh pertama(Jan - Jun) untuk tahun ini. Pemain permainan video telah membelanjakan sekitar $19.5 billion(~RM 80.14 bilion) sepanjang tempoh itu, berbanding sekitar $11.7 billion(~RM 48.09 bilion) untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.



Selain itu, jumlah wang yang telah dikeluarkan bagi membeli perkakasan permainan seperti cakera permainan, alat kawalan dan konsol permainan juga turut meningkat sebanyak $1.7 billion(~RM 7 bilion). Antara penyumbang terbesar pada jumlah itu ialah permainan God of War(Sony), Fortnite(Epic Games), Far Cry 5(Ubisoft) dan konsol Xbox One.

Fakta ini membuktikan bahawa industri permainan video ini sedang meningkat naik dan mempunyai masa depan yang sangat cerah. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan menjadi industri gergasi dan semakin dipandang serius oleh seluruh masyarakat dunia.

 

Sumber