Perbandingan realme 7 Pro vs realme 6 Pro, Mana Satu Lagi Pro?

Di pertengahan 2020, realme telah selamat melancarkan realme 6 Pro, tapi realme 7 Pro pula lahir pada 24 September 2020 secara rasmi di Malaysia. Oleh disebabkan kedua-dua peranti ini mempunyai speksifikasi yang hampir sama, kami mengambil keputusan untuk membuat perbandingan. Jadi peranti yang mana satu lagi pro?

perbandingan realme 7 pro

REKA BENTUK


Dari segi rekaan panel belakang, terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat. realme 7 Pro menggunakan rekaan yang baru dengan susunan kamera modul yang baharu serta kemasan matte

perbandingan realme 7 pro

realme 6 Pro pula mempunyai logo seakan-akan petir di panel belakangnya dengan kemasan licin.

perbandingan realme 7 pro

Di bahagian kiri kedua-dua peranti ini terdapat butang kuasa. Akan tetapi butang kuasa Realme 6 Pro merangkumi pengimbas cap jari.

Di bahagian bawah pula terdapat bicu audio 3.5mm, slot pengecasan dan pembesar suara jenis mono. Butang aras suara pula terletak dibahagian kiri.

Paparan


Kedua-dua peranti ini menggunakan paparan beresolusi Full HD+. Yang membezakannya adalah jenis paparan dan saiz skrin.

realme 6 Pro menggunakan paparan jenis IPS LCD dengan saiz skrin 6.6 inci. Namun realme 7 Pro pula mempunyai kelebihan kerana menggunakan paparan jenis super AMOLED dengan saiz skrin 6.4 inci.

perbandingan realme 7 pro

Dari segi kualiti paparan, realme 7 Pro mempunyai kecerahan lebih terang. Ini mempunyai impak agak besar terutamanya jika dilihat bawah cahaya matahari yang terang. Akan tetapi, realme 6 Pro juga boleh dikatakan agak baik cuma mungkin dibawah pencahayaan yang tinggi agak "kureng".

Satu kredit boleh diberikan kepada realme 6 Pro kerana menggunakan skrin dengan kadar segar semula 90Hz di mana "Adik barunya" hanya didatangkan dengan 60Hz.

perbandingan realme 7 pro

Di hujung kiri kedua-dua peranti ini, terletaknya kamera swafoto jenis berlubang. Akan tetapi realme 6 Pro dimuatkan dwi-lensa hadapan manakala realme 7 Pro hanya ada satu lensa sahaja.

PERISIAN


Kedua-dua peranti ini menjalankan android 10 dengan antaramuka realme. 

perbandingan realme 7 pro

Sistem operasi yang digunakan kedua-dua peranti ini kaya dengan fungsi-fungsi menarik seperti tema gelap, perisian pembantu permainan, pilihan untuk navigasi gestur dan juga lain-lain.

BATERI


Bateri pada realme 6 Pro adalah berkapasiti 4300mAh manakala realme 7 Pro pula dimuatkan dengan bateri dengan kapasiti 4500mAh.

Perbezaan besar antara kedua-dua peranti adalah dari segi masa pengecasan. realme 6 Pro mengambil masa 57 minit untuk penuh dari 0% hingga 100% dengan bantuan pengecasan pantas 30W.

perbandingan realme 7 pro

realme 7 Pro pula hanya mengambil masa 34 minit sahaja masa pengecasan dari 0% ke 100% dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Untuk prestasi bateri pula, kedua-dua peranti dapat bertahan sehari masa penggunaan.

PRESTASI


Kedua-dua peranti ini menggunakan cip pemprosesan yang sama iaitu Snapdragon 720G dengan Andreno 618. Untuk penggunaan harian, kedua-dua peranti dapat memberikan prestasi yang cukup baik.

perbandingan realme 7 pro

Dari segi gaming, kedua-dua peranti dapat memberikan prestasi yang cukup baik tanpa lag sewaktu bermain applikasi permainan.

KAMERA


Untuk speksifikasi kamera, Realme 6 Pro didatangkan dengan quad kamera iaitu 64MP(kamera utama)+12MP(telephoto)+8MP(Ultra-lebar)+2MP(Depth). Untuk kamera selfie pula adalah 16MP(wide)+8MP(Ultra-lebar).

Untuk Realme 7 Pro pula, ia didatangkan juga dengan quad kamera dengan konfigurasi  64MP(kamera utama)+8MP(Ultra-lebar)+2MP(Macro)+2MP(Depth). Bagi kamera selfie, ia dilengkapi dengan satu kamera iaitu 32MP(Wide).

perbandingan realme 7 pro

Yang membezakan kedua-dua peranti ini adalah sensor yang digunakan. Di sini kami sertakan beberapa keping gambar untuk kedua-dua peranti ini [kiri-realme 6 pro;kanan-realme7 pro] :
1. Mod Potrait




2. Mod Kamera Utama






3. Mod Ultra-Lebar


4. Mod Selfie


5. Mod Malam


6. Mod 64MP



Untuk prestasi kamera, kedua-dua peranti dapat menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. Adapun perbezaan adalah pada mod 64MP di mana realme 7 Pro memberikan penghasilan yang lebih jelas berbanding realme 6 Pro.

RUMUSAN


Jika anda adalah seorang pengguna realme 6 Pro, maka realme 7 Pro bukan pilihan peranti yang terbaik untuk anda tukar ke peranti baharu. Hal ini kerana tiada perbezaan yang major untuk peranti baru ini.

Tetapi jika anda pengguna realme 3 Pro atau 5 Pro, mungkin realme 7 Pro adalah pilihan yang bijak.

Secara keseluruhan, anda tidaklah hilang banyak fungsi dan ciri jika membeli realme 6 Pro yang sedikit lebih murah. Namun, jika anda peminat skrin AMOLED, anda patut memilih realme 7 Pro.