Perbandingan Antara Xiaomi Mi 9T Dan Mi 9SE, Mana Satu Yang Korang Patut Pilih

Perkenalan Xiaomi Mi 9T baru-baru ini mungkin menimbulkan persoalan bagi sesetengah pihak. Xiaomi Mi 9T sebenarnya adalah Redmi K20 di pasaran China.

Pertama sekali kenapa ia tidak masuk dengan tanda nama Redmi? Kedua, peranti ini dipasarkan dalam barisan siri Mi 9 yang secara tidak langsung bakal menggugat kedudukan model abangnya, Xiaomi Mi 9SE yang juga baru sahaja dilancarkan awal tahun ini.

Malah, dengan tawaran harga RM1,199, lebih murah dari Xiaomi Mi 9SE (RM1,299) dan cip pemprosesan yang lebih hebat iaitu Snapdragon 730 berbanding Mi 9SE (Snapdragon 712), membuatkan pembeli Mi 9SE terduduk dengan penuh kekesalan.

Rekabentuk




Melihat pada panel belakang, kedua-dua peranti ini mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Mi 9SE  menampilkan rupa paras yang  minimalis dengan panel kaca rata manakala Mi 9T nampak lebih avant grande dengan rekaan lebih berani dan ganas.

Mi 9T lebih menonjol dengan corak berjalur dibahagian sisi peranti bersama sentuhan warna merah pada butang kuasa dan gelung kamera utama pada lensa telefoto memberikan wajah yang lebih segar dan menarik. Malah kedudukan kameranya di tengah juga adalah satu pilihan yang tepat.



Menambahkan lagi kepedihan di hati pengguna Mi 9SE apabila pihak Xiaomi menyertakan lubang kegemaran ramai 3.5mm jack audio yang tidak dibekalkan pada Mi 9SE.

Pemenang: Memandangkan aspek rekaan luaran ini bergantung pada citarasa masing-masing, maka tiada pemenang di sini. Tapi saya secara peribadi memilih Xiaomi Mi 9T.

Skrin




Xiaomi Mi 9T hadir dengan paparan penuh tanpa takuk dengan mengetengahkan rekaan pop-up kamera selfie. Untuk Mi 9T mereka mempertaruhkan skrin 6.39 inci AMOLED manakala Mi 9SE dengan skrin Super AMOLED  dengan ukuran 5.97 inci.

Jika anda mahukan peranti yang kompak dan skrin dengan warna gamut lebih pekat, anda boleh pilih Mi 9SE. Tetapi pada pengamatan kami, skrin pada Mi 9T lebih kurang sama sahaja dengan Mi 9SE. Tiada perbezaan siknifikan antara kedua-duanya cuma warna yang dihasilkan pada skrin Mi 9T nampak lebih 'warm'.

Pemenang: Melalui bancian yang kami lakukan, Mi 9T menang majoriti undi dan pada pandangan saya sendiri pun, tiada perbezaan yang ketara walaupun Mi 9SE menggunapakai skrin Super AMOLED.

Kuasa Jentera Dalaman




Ini adalah aspek yang paling membuatkan pembeli Mi 9SE kecewa seperti ditinggalkan kekasih hati. Mana tidaknya, pada harga yang lebih rendah, Mi 9T dibekalkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 730 yang lebih baik berbanding Mi 9SE yang menggunapakai Snapdragon 712.

Melalui pengalaman kami, Snapdragon 730 seumpama cip flasghip Snapdragon 835 malah lebih baik. Ini bermakna cip ini hanyalah satu takuk dibawah Snapdragon 845.

Dari segi grafik, Mi 9T menggunakan GPU Adreno 618 manakala Mi 9SE pula dengan Adreno 616. Realitinya grafik kedua-duanya mampu menggalas tugasan dengan baik tetapi prestasi Snapdragon 730 semestinya lebih baik dari segi rendering dengan CPU Kryo 470 berbanding Snapdragon 712 dengan Kryo 360.

Dari segi penggunaan ringan juga Mi 9T dilihat lebih pantas membuka aplikasi terutamanya disosial media.

Pemenang: Mudah, Mi 9T

Kamera


  1. Kamera Utama 48MP Sony IMX586 vs Sony IMX 582


Di atas kertas Mi 9SE memiliki sensor Sony IMX 586 yang lebih baik. Digunakan pada barisan flasghip seperti OnePlus 7 Pro,   Honor View20, dan sudah tentu Mi 9.

Akan tetapi agak pelik kerana gambaryang dihasilkan melalui kedua-dua peranti ini memperlihatkan sedikit perbezaam dari segi warna. Kecerahan pada gambar Mi 9T lebih rendah dan kontras lebih tinggi. Dari segi ketajaman imej, kedua-duanya dilihat sama sahaja.



 



 


  2. Kamera Sudut Luas


Kedua-dua peranti menggunakan lensa sudut luas yang sama 13 MP, f/2.4 pada saiz piksel 1.12µm. Hasil gambar kedua-duanya adalah sama dengan warna yang sedikit lembut berbanding kamera utama.


3. Kamera Telefoto


Sama juga untuk kamera telefoto, kedua-duanya menempatkan lensa telefoto yang sama iaitu 8 MP, f/2.4, 53mm (telephoto), 1/4", 1.12µm, bersama sokongan 2X zoom optikal. Hasil kedua-dua gambar adalah sama sahaja.


4. Potrait Mode


Sama seperti kamera utama, kualiti imej yang sama cuma warna dan kontras sedikit berbeza. Kemasan efek kabur pada latar belakang juga dilihat sama.


4. Night Mode


Pada waktu malam atau kurang cahaya, kamera Mi 9SE memberikan imej yang lebih cerah berbanding Mi 9T.



 


Saiz Bateri Dan Ketahanan Tenaga Batin


Satu lagi aspek yang membuatkan pembeli Mi 9SE frust menonggeng adalah kapasiti bateri Mi 9T lebih besar iaitu 4,000mAh sedangkan Mi 9SE pada hanya 3,070mAh. Kedua-duanya dengan sokongan pengecasan 18W.

Pengecasan penuh Mi 9T adalah sekitar 1 jam 30 minit manakala Mi 9SE pula 1 jam 10 minit. Melalui ujian yang kami lakukan Mi 9T berupaya memperoleh SOT (Screen On Time) selama 9 jam manakala 6 jam untuk Mi 9SE melalui penggunaan ringan.

Persoalannya, Nak Beli Mi 9SE ke Mi 9T?


Ini adalah perbandingan yang paling mudah saya pernah lalui kerana Mi 9T adalah sebuah peranti yang lebih superior dalam pelbagai aspek. Cip pemprosesan lebih baik, bateri lebih besar, skrin penuh tanpa takuk yang lebih besar bersama nilai tambah pop-up kamera menjadikan pilihan perbandingan kali ini lebih mudah.

Pemenangnya sudah tentu Xiaomi Mi 9T. Tetapi jika anda mahukan peranti yang lebih kompak dan minimalis, anda perlu menambah RM100 untuk Mi 9SE yang sejujurnya adalah satu penurunan taraf dari Mi 9T.

Bagaimana pula pandangan anda?