Perbandingan Antara Joox Dan Spotify

Teringat suatu ketika dahulu, memori telefon dipenuhi dengan deretan lagu-lagu kegemaran.

Tetapi zaman sudah berubah dimana sejak internet sudah mula ditawarkan lebih murah, pengguna mula beralih arah kepada aplikasi penstriman muzik.

Bercakap mengenainya, pasti dua aplikasi ini muncul didalam kepala, Joox dan Spotify.

Sebelum itu, mari kita kenali serba sedikit tentang dua aplikasi tersebut.

Joox



  • Diperkenalkan oleh Tencent pada Januari 2015

  • Sebelum Joox dibangunkan, Tencent sudah mempunyai QQ Music yang merupakan perkhidmatan penstriman dan muat turun muzik terbesar di China.

  • Kebanyakkan lagu pada Joox adalah percuma dan selebihnya perlukan langganan premium untuk diakses.


Spotify



  • Dibangunkan oleh Spotify AB pada 7 Oktober 2008.

  • Menyediakan kandungan yang dilindungi DRM dari label rekod dan syarikat media.

  • Disebut sebagai servis freemium dimana ciri asas ditawarkan secara percuma tetapi mempunyai iklan dan ciri tambahan lain perlu dilanggan menerusi pakej premium.


Persamaan diantara Joox dan Spotify

  • Kedua-duanya aplikasi berasaskan perkhidmatan freemium. Ia bermakna kebanyakkan lagu adalah percuma, tetapi sesetengah ciri dan lagu hanya boleh diakses pengguna berbayar.

  • Anda boleh buat senarai main mengikut lagu kegemaran.

  • Joox dan Spotify boleh digunakan sama ada dari aplikasi ataupun halaman web.

  • Terdapat iklan dan ciri langkau muzik diberikan beberapa kali.

  • Jika anda pengguna berbayar, anda boleh dapat akses untuk semua muzik tanpa iklan, muat turun lagu untuk dengar secara luar talian.


Perbezaan Joox dan Spotify

Kualiti muzik

  • Joox tidak sebaik Spotify

  • 160Kbps untuk kualiti standard, 96Kbps untuk kualiti standard komputer, 320Kbps untuk kualiti premium bagi peranti mudah alih dan komputer.


Katalog muzik

  • Joox ada lebih daripada 20 juta katalog muzik

  • Spotify mempunyai lebih dari 30 juta katalog muzik dan setiap hari lebih dari 20,000 lagu baru ditambah.


Kawasan yang ditawarkan

Joox

  • Joox merupakan aplikasi penstriman muzik terbesar dipasaran Asia seperti Malaysia, Hong Kong, Indonesia , Filipina dan Thailand. Pengguna negara yang disebutkan diatas diramal bertambah sehingga 87 juta pada 2020.

  • Pada 2017, ia pertama kali dilancarkan diluar Asia iaitu Afrika Selatan.


Spotify

  • Ditawarkan dikebanyakkan negara Eropah, Amerika, Australia dan sebahagian Asia.

  • Sehingga Jun 2017, pengguna aktif sudah mencecah 140juta manakala pada Januari 2018, pengguna berbayar mencapai angka 70 juta orang.


Harga

  • Joox: RM 14.90/bulan, RM40.90/3bulan, RM73.90/6bulan, RM136.90/12bulan.

  • Spotify: RM14.90/bulan melalui kad kredit, RM15.90 melalui bil telco, RM4.90/7hari, RM47.70.


Melalui pengalaman menggunakan kedua-dua aplikasi, antaramuka Spotify dilihat lebih kemas dan koleksi lagu yang lebih banyak.

Sementara itu, Spotify juga mempunyai Pelan Keluarga yang boleh menawarkan 6 akaun.

Bagi yang mungkin tidak mahu berbelanja, Joox menampilkan pelan Joox VIP untuk sehari jika anda kongsikan lagu ke media sosial seperti Facebook, WeChat dan beberapa yang lain.

Adakah anda pengguna Spotify atau Joox atau kedua-duanya sekali? Boleh berikan komen tentang pengalaman menggunakannya.