Perbandingan Antara Internet Rumah Broadband Bawah RM100 - Yang Mana Paling Berbaloi?

Penggunaan internet yang semakin meluas menjadikan ia salah satu keperluan penting untuk pengguna di Malaysia. Lagi-lagi untuk golongan yang baru sahaja membeli rumah atau pejabat dan mahukan penggunaan internet Wi-Fi tanpa perlu bergantung kepada data telefon pintar.

Untuk itu, artikel ini akan membandingkan 4 penyedia utama Celcom, Maxis, unifi, dan TIME dalam penawaran internet broadband pada harga bawah RM100.

unifi


Kapsyen: unifi


Pakej dari TM sendiri iaitu unifi juga hadir dengan penawaran teknologi gentian optik unifi 30Mbps dan unifi Lite untuk kawasan yang tidak menyokong gentian. Kedua-duanya adalah merupakan pakej di bawah harga RM100 sebulan.
Unifi 30Mbps (30Mbps/RM89)

Kapsyen: unifi 30Mbps


  • Gentian optik

  • Kelajuan 30Mbps

  • Kuota penggunaan internet tanpa had

  • RM89

  • Kontrak 24 bulan

  • 20 sen/min untuk panggilan ke semua rangkaian (pay-per-use)

  • Akses ke unifi playTV (13 saluran TV percuma)


unifi 30Mbps merupakan pakej utama untuk unifi bawah RM100 dan hadir dengan kelajuan 30Mbps. Ia menggunakan kabel gentian optik dan hadir dengan kuota internet tanpa had. Antara yang menarik mengenai pakej dari unifi adalah ia juga menawarkan 14 saluran percuma dalam aplikasi unifi playTV.

Untuk memohon unifi 30Mbps, boleh ke pautan ini.

Kelebihan

  • Kabel pantas gentian optik

  • Kuota internet tanpa had

  • unifi PlayTV


Kekurangan

  • Kadar panggilan sedikit 'mahal'


Unifi Lite (8Mbps/RM89)

Kapsyen: unifi Lite


  • ADSL (kuprum)

  • Kelajuan 8Mbps

  • Kuota penggunaan internet tanpa had

  • RM89

  • Kontrak 24 bulan

  • Panggilan percuma untuk ke rumah/pejabat

  • Panggilan serendah 10 sen ke peranti pintar

  • Akses ke unifi playTV (14 saluran TV percuma)


unifi Lite merupakan penjenamaan semula Streamyx. Untuk kawasan yang tidak menyokong gentian optik, unifi Lite lebih sesuai kerana ia menggunakan teknologi kuprum yang lama. Walau bagaimanapun, kelajuan yang ditawarkan adalah agak perlahan disebabkan limitasi teknologi perkakas.

Menariknya, anda juga turut mendapat saluran percuma unifi playTV melalui unifi Lite ini.

Untuk memohon unifi Lite, boleh ke pautan di sini.

Kelebihan

  • Sokongan pemasangan lebih meluas terutamanya di kampung

  • Kuota internet tanpa had


Kekurangan

  • Nilai berbaloi agak rendah

  • Kelajuan perlahan


*KEMASKINI (24/8/2020): Promosi untuk pendaftaran baru, pihak CitySME
(pengedar sah TM Broadband) ada menjalankan promosi menarik untuk pelan:

  • 30Mbps

    • Percuma TV 42 inci (bernilai RM1000) atau Pek ultimate dan set kotak unifi TV (bernilai RM900)

    • Akses kesemua saluran premium unifi Play TV (sehingga 2 peranti)



  • 100Mbps

    • Percuma TV 42 inci (bernilai RM1000) atau Pek ultimate dan set kotak unifi TV (bernilai RM900)

    • Akses kesemua saluran premium unifi Play TV (sehingga 2 peranti)

    • Percuma 600 minit panggilan suara



  • 300Mbps

    • Percuma TV 42 inci (bernilai RM1000) atau Pek ultimate dan set kotak unifi TV (bernilai RM900)

    • Akses kesemua saluran premium unifi Play TV (sehingga 2 peranti)

    • Percuma 600 minit panggilan suara




Kesemua ini akan disertakan secara percuma sekiranya anda adalah pelanggan baru. Promosi ini bakal tamat pada 31 Ogos 2020. Pendaftaran boleh dilakukan pada pautan ini.


Celcom


Kapsyen: Celcom


Celcom mempunyai 2 pelan broadband rumah utama untuk harga bawah RM100 iaitu Home Fibre dan juga Home Wireless. Perbezaannya adalah Home Fibre menggunakan kabel gentian optik manakala Home Wireless menggunakan rangkaian 4G mereka tersendiri.
Home Fibre (30Mbps/RM80)

Kapsyen: Celcom Home Fibre 30Mbps


  • Gentian optik

  • Kelajuan 30Mbps

  • RM80

  • Kuota penggunaan internet tanpa had

  • Kontrak 24 bulan

  • 10 sen/min untuk panggilan ke semua rangkaian


Untuk Home Fibre, pakej yang ditawarkan di bawah harga RM100 adalah berkelajuan 30Mbps. Ia menggunakan infrastruktur dari TM seperti kebanyakan penyedia-penyedia lain.

Untuk penghala, pemasangan, dan pengaktifan, kesemuanya adalah percuma manakala kontrak yang perlu untuk langganan bulanan adalah selama 24 bulan.

Untuk memohon Celcom Wireless, boleh ke pautan ini.

Kelebihan

  • Kabel pantas gentian optik

  • Kuota internet tanpa had


Kekurangan

  • Infrastruktrur dari TM (Kestabilan dan kelajuan rangkaian adalah bergantung kepada TM)


Home Wireless L (4G Celcom/RM100)

Kapsyen: Celcom Home Wireless L


  • Untuk kawasan bukan gentian

  • Menggunakan rangkaian 4G Celcom

  • Kuota penggunaan internet 50GB

  • Kelajuan mengikut rangkaian 4G anda

  • RM100

  • Kontrak 24 bulan

  • 100GB Super Video Walla & Music Walla


Terdapat 2 pelan di bawah Home Wireless namun disebabkan pelan Home Wireless L masih lagi di bawah harga RM100, pakej Home Wireless S tidak diambil kira untuk perbandingan. Untuk kuota penggunaan internet terdapat 50GB pada masa yang sama 100GB untuk penstriman Video & Music Walla.

Pengguna juga boleh menambah kuota sebanyak RM50 untuk 10GB atau RM150 untuk 100GB. Ia dilihat agak mahal namun untuk kawasan yang tidak menyokong gentian, anda mungkin tidak banyak pilihan. Kontrak langganan Home Wireless adalah selama 24 bulan.

Untuk memohon Celcom Wireless, boleh ke pautan ini.

Kelebihan

  • Liputan 4G Celcom yang luas (lebih banyak sokongan kawasan)


Kekurangan

  • Kuota penggunaan internet 50GB sahaja


Maxis


Kapsyen: Maxis


Maxis Fibre merupakan pakej gentian optik dari Maxis yang hadir dengan kelajuan 30Mbps.
Maxis Fibre 30Mbps (30Mbps/RM89)

Kapsyen: Maxis Fibre 30Mbps


  • Gentian optik

  • Kelajuan 30Mbps

  • Kuota penggunaan internet tanpa had

  • RM89

  • Kontrak 24 bulan

  • Tambahan RM10/bulan untuk panggilan tanpa had (tempatan)

  • 9 sen/min untuk panggilan ke peranti pintar/pejabat/rumah (pay-per-use)


Tiada kuota internet dan bayaran adalah RM89 sebulan. Namun seperti Celcom, infrastrukturnya adalah dari TM dan bermaksud segala kelajuan dan kestabilan adalah bergantung kepada TM.

Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah RM10 sebulan untuk panggilan tanpa had tempatan dimana bil masih lagi di bawah RM100. Ataupun menggunakan caj 9 sen/min untuk panggilan ke peranti pintar, pejabat atau rumah.

Untuk memohon pemasangan Maxis Fibre, boleh ke pautan ini.

Kelebihan

  • Gentian optik

  • Kuota internet tanpa had

  • Kadar panggilan lebih rendah


Kekurangan

  • Infrastruktrur dari TM (Kestabilan dan kelajuan rangkaian adalah bergantung kepada TM)


TIME


Kapsyen: TIME


TIME merupakan satu-satunya penyedia selain TM yang menggunakan infrastruktur tersendiri. Disebabkan itu, ia mampu menawarkan pakej yang lebih menarik pada harga yang rendah.
TIME 100Mbps (100Mbps/RM99)

Kapsyen: TIME 100Mbps


  • Gentian optik

  • Kelajuan 100Mbps

  • Kuota penggunaan internet tanpa had

  • RM99

  • Kontrak 24 bulan / Tanpa kontrak

  • Pay-per-use untuk panggilan


Untuk harga di bawah RM100, TIME menawarkan kelajuan 100Mbps berharga RM99 sebulan. Ia jauh berbeza berbanding penyedia lain yang hanya menawarkan kelajuan 30Mbps pada harga bawah RM100.

Namun begitu, penyedia ini juga hadir dengan kelemahan utama iaitu liputan kawasan. Disebabkan menggunakan infrastruktur tersendiri, TIME kebanyakannya hanya boleh dipasang di bandar-bandar besar dan bangunan perumahan tinggi.

Seperti penyedia lain, ia juga menawarkan kontrak 24 bulan. Namun jika anda tidak mahu menggunakannya secara kontrak, anda perlu membayar caj sebanyak RM400 ketika permohonan.

Untuk memohon pemasangan TIME, boleh ke pautan ini. Namun terlebih dahulu semak kawasan anda menyokong pemasangannya atau tidak.

Kelebihan

  • Gentian optik

  • Pakej paling berbaloi dari segi kepantasan dan harga

  • Infrastruktur sendiri (Teknologi tidak mengikut pesaing)


Kekurangan

  • Liputan kawasan yang terhad


Kesimpulan


Sebagai kesimpulan, sebelum memilih mana-mana penyedia broadband internet, anda perlu terlebih dahulu menyemak kawasan anda sama menyokong pemasangannya atau tidak.

Fiber Optics vs ADSL – India Braodband Guide Kapsyen: Gambar hiasan


Kebanyakan penyedia kecuali TIME hanya menyediakan kelajuan 30Mbps adalah disebabkan ia merupakan penawaran secara tidak langsung dari TM sendiri. Namun, untuk yang mempunyai jumlah bilangan pengguna yang rendah atau tidak menggunakan internet secara berat, 30Mbps itu cukup sahaja memadai untuk penggunaan seharian.

Sumber: Celcom, Maxis, unifi, TIME

Berkaitan