Perbandingan Antara Cip Snapdragon X Elite Dengan Apple M3 Pro

Syarikat Qualcomm dan Apple sedang berlumba-lumba dalam arena pembuatan cip pemprosesan komputer. Umum mengetahui bahawa, Apple memang terkenal dengan penghasilan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi sama ada untuk telefon pintar mahupun komputer.

Namun, Qualcomm kini muncul yang dikatakan sebagai pencabar hebat Apple dalam penghasilan cip pemprosesan.

Namun, bukanlah nak bandingkan cip yang ada pada telefon. Sebaliknya adalah pada komputer, iaitu Apple M3 Pro dan Snapdragon X Elite.

Snapdragon X Elite dilancarkan terlebih dahulu, kemudian baru Apple M3 Pro. Akan tetapi, komputer keluaran Apple kelihatan lebih mendominasi dari segi prestasi cip pemprosesan berbanding komputer yang menggunakan Windows.

Windows tidak terlalu menekankan tentang perkembangan dan lebih memilih untuk kekal dengan teknologi sedia ada. Namun, pada era ini, Qualcomm kelihatan agak berminat untuk bersaing dalam pembangunan cip pemprosesan komputer.

Dengan terciptanya cip Snapdragon X Elite, maka persaingan dalam bidang pengkomputeran akan kelihatan lebih menarik dan berintensi tinggi. Akan tetapi, mampukah ia bersaing dengan Apple M3 Pro?


Adakah Snapdragon X Elite sepadan dengan Apple M3 Pro?


Pada pandangan pertama, Snapdragon X Elite mampu menjadi cip yang paling sepadan dengan Apple M3 Pro. Berdasarkan skor Geekbench 6 daripada Qualcomm, skor untuk teras tunggal adalah 2,979 manakala berbilang teras 15,382. Untuk skor Geekbench M3 Pro pula menunjukkan sekitar 3,000 dan 15,000 juga.



Markah yang dinyatakan perlu dipertimbangkan dari segi prestasi dan keserasian perisian. Hal ini kerana, penanda aras hasil akhir kebiasaannya tidak sempurna terutamanya apabila peranti Apple dan bukan Apple beradu antara satu sama lain.

Cip Apple M3 Pro kelihatan lebih unggul dengan pemproses 3nm berbanding pemproses 4nm yang digunakan oleh Snapdragon X Elite. Walau bagaimanapun, ia akan lebih kelihatan jelas dalam perbandingan jangka hayat bateri.

Selain itu, Snapdragon X Elite juga mempunyai 12 teras berprestasi tinggi berbanding Apple M3 Pro yang mana pembahagian teras berprestasi tinggi dan kecekapannya adalah sama rata.

Wi-Fi 7 dan 5G vs Thunderbolt 4


Jika anda seseorang yang mementingkan sambungan, anda perlu memilih sama ada I/O mewah atau sambungan tanpa wayar yang mewah. Cip Apple M3 Pro dilengkapi dengan Thunderbolt 4.

Pastinya kerja-kerja pemindahan fail atau sambungan ke monitor akan menjadi lebih pantas dengan menggunakan Apple M3 Pro. Snapdragon X Elite pula tidak menggunakan Thunderbolt sebaliknya hanya USB4.



Untuk standard wayarles, Snapdragon X Elite kelihatan lebih jauh ke hadapan. Model Macbook Pro terkini yang menggunakan siri M3 menawarkan Wi-Fi 6E tetapi masih belum kelihatan tanda 5G dalam rangkaian komputer Apple.

Berbanding Snapdragon X Elite, ia bukan sahaja menyokong standard Wi-Fi 7 yang canggih tetapi dijangka bakal menawarkan sokongan rangkaian 5G juga.

Dengan ciri yang ditawarkan, peranti yang menggunakan Snapdragon pasti akan mendapat kelebihan serta kelancaran semasa menggunakan peranti tersebut.

Peranti yang menggunakan Snapdragon X Elite dan Apple M3 Pro


Seperti yang anda maklum, cip Apple adalah eksklusif untuk produk Apple sahaja. Jadi, peranti yang menggunakan Snapdragon X Elite pasti akan lebih banyak berbanding Apple M3 Pro.

Untuk Snapdragon X Elite pula, masih belum diketahui dengan tepat lagi tentang produk manakah yang bakal menggunakan cip ini. Namun, ada ura-ura mengatakan produk yang akan menggunakan cip ini adalah Acer, Asus, Honor, Dell, Lenovo, HP dan Microsoft.

{suggest}

Sumber: Trusted Reviews