Peranti Xiaomi Dengan Sokongan Pengecasan 45W Dikatakan Sudah Dapat Pengesahan Badan Piawaian Di China

Sebuah peranti dari Xiaomi dilaporkan sudah menerima pensijilan daripada badan piawaian China, CCC, dan dijangka pelancarannya akan diadakan di negara tersebut.

Penyenaraian di CCC tidak mendedahkan maklumat lengkap mengenai peranti dengan nombor kod M1908F1XE itu, tetapi ia memperlihatkan sokongan pengecasan pantas sehingga 45W selain turut menawarkan sambungan 5G.



Khabar angin yang sedang bertiup ketika ini meramalkan model ini adalah Mi Mix 4 yang mana ia dijangka hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus, kamera 64MP serta bateri 4500mAh. Buat masa sekarang Xiaomi, masih belum lagi membuat pengumuman mengenai peranti ini dan sama-sama kita nantikannya.

Sumber: TME.NET