Semua sudah sedia maklum, Mi Note 10 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bakal menyediakan pengecasan pantas 30W dan nampaknya, Xiaomi mahukan kemampuan pengecasan yang lebih lagi untuk produk akan datang.
Antara perkhabaran terbaru, terdapat dua model dengan nombor kod M2001J2E/ M2001J2C dan M2001J1E / M2001J1C, dikesan tersenarai pada pangkalan data badan pengesahan China, CCC.
Menariknya mengenai kedua-dua peranti ini adalah teknologi pengecasan yang disediakan adalah 66W, menjadikannya lebih pantas berbanding peranti sedia ada di pasaran.
Diramal akan membuat kemunculan pada tahun hadapan, masih belum dapat dipastikan sama ada penawaran akan dibuat untuk peranti dari Xiaomi atau sub-jenama Redmi.
Selain daripada itu, informasi tersebut turut memaparkan sokongan rangkaian 5G. Jangkaan awal, teknologi pengecasan tersebut mungkin hadir pada variasi Mi 10 dan Mi Mix 4.
Ketika ini, OPPO Reno Ace merupakan peranti dengan pengecasan paling pantas iaitu 65W yang mana berkemampuan mengisi penuh bateri 4000mAh hanya dalam masa 28 minit.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Senarai Telefon Xiaomi Yang Akan Terima MIUI 12.5
- Kedai Xiaomi Di KLCC Bakal Dibuka Penghujung Bulan Ini
- Jualan Telefon Pintar Xiaomi Meningkat 9% Bagi Suku Pertama 2020
- Xiaomi Redmi 4A Mula Dijual Di Malaysia (RM449)
- Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini
- Redmi Dots - Sama Seperti Xiaomi AirDots Tetapi Pada Harga Yang Lebih Rendah
- Redmi Turut Rancang Peranti Dikuasakan Snapdragon 855 Plus Untuk Tahun Ini
- Ada Lagi Siri Redmi Yang Akan Dilancarkan Xiaomi Tidak Lama Lagi
- Redmi Pertontonkan Paparan 144Hz Melalui Model K30 5G
- Xiaomi Lancarkan Pam Mudah Alih MIJIA