Peranti WiFi Pada Masa Hadapan Mungkin Menggunakan Sinaran Infra Merah Untuk Sambungan Yang Lebih Pantas

Umum mengetahui sambungan WiFi lebih laju berbanding dengan sambungan selular.

Tetapi, laju macam mana pun pasti terdapat sedikit masalah berkenaan teknologi tersebut.

Seperti contoh, jika terlalu ramai pengguna berkongsi sesebuah hotspot, maka kelajuan data semakin berkurangan.

Kini, telah timbul satu idea menarik dimana sambungan WiFi dibuat melalui pancaran cahaya inframerah.

Cadangan itu telah dikemukakan oleh Joanne Oh, seorang pelajar PhD di Eindhoven University of Technology di Belanda.

Beliau menjelaskan, idea itu adalah menghantar data tanpa wayar menggunakan cahaya inframerah.

Secara teori, cahaya inframerah mampu menghantar data dengan kelajuan 40gbps dalam satu sinaran cahaya.

Setiap "antena cahaya" mampu menghantar beberapa sinaran cahaya, dan setiap sinaran itu boleh disasarkan kepada telefon ataupun tablet.

Dengan itu  masalah kelajuan data berkurang sekiranya banyak peranti yang bersambung dapat diselesaikan.

Isu gangguan isyarat radio juga tidak akan berlaku.

Walaupunbegitu, teknologi yang dicadangkan ini masih ada kontranya.

Cahaya inframerah tidak boleh menembusi dinding seperti isyarat WiFi yang sedia ada. Jadi jika teknologi ini dilaksanakan, setiap ruang didalam rumah seperti bilik perlu diletakkan dengan antena. Antena inilah yang akan berfungsi untuk memancarkan cahaya inframerah.

Idea ini sangat sesuai dikomersialkan bagi lokasi yang kecil seperti rumah, ataupun pejabat yang bersaiz sederhana.

Sumber: Eindhoven University of Technology