Peranti Tablet Android Kini Menyokong Apple Music Versi Stabil

Setelah hampir dua bulan hadir sebagai versi beta, kini peranti tablet Android sudah boleh menikmati aplikasi pemain muzik, Apple Music versi stabil.

Aplikasi Apple Music versi 2.7.0 yang tersenarai di gedung Google PlayStore baru-baru ini membawa beberapa penambahbaikan, antaranya sokongan penuh kepada peranti tablet Android.



Melalui kemaskini ini, pengguna boleh mengakses tetingkap "Library", "For You", "Browse" dan "Radio" dengan lebih mudah melalui bar navigasi.

Selain itu, ia juga dikatakan telah menyelesaikan masalah pepijat serta penambaikan dari segi prestasi.

Bagi pengguna tablet yang berminat untuk menggunakan Apple Music sebagai pemain muzik anda, muat turun versi 2.7.0 dari Google Play Store sekarang.

 

Sumber: Apple Insider