Peranti Samsung Galaxy S8 dan Note 8 Antara Peranti Pertama Yang Mendapat Sokongan HDR Youtube

Peranti Samsung Galaxy S8, S8 Plus dan Note 8 merupakan peranti pertama yang mendapat sokongan HDR di dalam aplikasi Youtube. Sokongan ini membolehkan video dimainkan pada resolusi 1080p dengan 60 fps secara tetapan manual.



Youtube menambah sokongan untuk video HDR pada September 2017 tetapi syarikat itu tidak menambah sokongan tersebut untuk mana-mana peranti yang menawarkan skrin HDR seperti LG G6 dan Sony Xperia XZ Premium. Perkembangan ini hanya terdapat untuk peranti terbaru dari Samsung sahaja dan tidak mustahil pihak Google akan terus membina sokongan untuk peranti lain pula.

Sumber