Peranti Redmi Dilengkapi Cip Dimensity 1000+ Dijangka Hadir Dengan Paparan OLED 120Hz

Baru-baru ini, terdapat perkhabaran mengenai peranti Redmi yang menjana cip pemproses MediaTek Dimensity 1000+ akan dilancarkan pada Julai ini. Terkini, Digital Chat Station telah mendedahkan peranti itu akan hadir dengan paparan OLED 120Hz serta tetapan kamera pop-up.

redmi dimensity 1000+

Pada masa ini, beberapa peranti Redmi dengan sokongan 5G telah dilancarkan dan antaranya termasuk Redmi 10X serta Redmi K30 5G. Bagi cip pemproses Dimensity 1000+, kemungkinan ia akan dimuatkan pada peranti yang dikenali sebagai Redmi K40.

Dimensity 1000+ telah diperkenalkan pada Mei lalu di mana ia akan membawa beberapa sokongan termasuk kadar segar semula sehingga 144Hz dan teknologi baru pada HyperEngine 2.0 seperti Resource Management Engine. Ia bertujuan menguruskan CPU, GPU dan memori dengan lebih baik.

Dalam pada itu, laporan yang sama turut menyatakan peranti terbaru Redmi akan dimuatkan dengan sensor imbasan cap jari pada skrin utama serta kapasiti bateri 4,500mAh.

Sumber: GizmoChina

Beli produk Redmi dari:
Lazada (https://invol.co/clptw6)