Peranti Pertengahan Tetapi Prestasi Menghampiri Flagship

Lambakan telefon pintar memenuhi pasaran ketika ini pastinya membuatkan kita pusing kepala untuk memilihnya. Tetapi kalau melihat pada sisi yang lain, ia menguntungkan kita sebagai pengguna kerana mempunyai banyak pilihan untuk disesuaikan dengan bajet di poket.

Ingatkah anda suatu ketika dahulu jolokan “flagship killer” kerap kali berkumandang setiap kali model baru diperkenalkan. Datang dengan spesifikasi tinggi dan terbaik tetapi dijual pada harga lebih rendah berbanding pesaing lain.

Masa silih berganti, “gaya dan permainan” pasaran telefon pintar kian berubah. Pengeluar ini kembali semula memasuki pasaran pertengahan yang lebih sengit. Anda mungkin sudah mengenali syarikat mana yang dimaksudkan dan mari kita lihat pertaruhan yang dibawakan untuk pembeli kelas pertengahan kali ini.
Ringkas tetapi masih kelihatan premium

Rupa parasnya ringkas sahaja dengan dua pilihan warna panel belakang Gray Onxy dan Blue Marble menambah aroma premium pada peranti. Bagi menambah lebih ketahanan, ia turut dilapisi dengan Corning Gorilla Glass 5. Sesetengah model dalam kelas yang sama mungkin datang dengan ciri perlindungan sama tetapi hanya pada paparan hadapan sahaja. Disebelah belakang pula dibiarkan dengan plastik seakan kaca.



Tetapi tidak pada model ini kerana Gorilla Glass 5 itu berada dikedua-dua bahagian untuk memberi lebih daya tahan bagi kegunaan seharian kita.

DNA sama masih dibawa dari model terdahulu dan dikekalkan pada penawaran kali ini iaitu Alert Slider. Butang tersebut cukup sinonim dengan peranti dari pengeluar ini kerana ia sangat praktikal untuk pengguna.



Ambil contoh kita berada pada situasi mesyuarat, anda mahu pantas untuk mematikan nada dering, cuma laraskan sahaja butang ini. Anda mungkin merasakan ia ciri yang remeh tetapi tanya sahaja pada pengguna jenama ini, Alert Slider sangat membantu dan berguna.
Prestasi yang cukup untuk tampung penggunaan seharian anda

Tiada gunanya kalau luaran cantik tetapi dalamannya lemah. Apa yang boleh didapati pada model ini adalah pakej yang terbaik bagi segmen pertengahan. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 765 digandingkan bersama memori bermula dari RAM 8GB dan storan 128GB, ia lebih dari cukup untuk penggunaan kasual.



Dibangunan dengan teknologi 7nm, Snapdragon 765G menawarkan kecekapan dan turut mampu menghubungkan anda kepada rangkaian 5G menerusi penggunaan modem X52. Ini menjadikannya sebagai cip pertama dalam kelas pertengahan dengan keupayaan rangkaian generasi terbaru itu.

Walaupun diletakkan pada kelas pertengahan, ia mampu memberikan prestasi menghampiri Snapdragon 845, cip pemproses flagship terdahulu.
Peranti ini memerlukan “Oxygen untuk bernafas”

Seperti kita, keluaran ini juga memerlukan “Oxygen untuk bernafas”. Melapisi sistem operasi Android 10 pada pada peranti adalah antaramuka OxygenOS.



Ia adalah salah satu iterasi sistem Android yang tampil ringkas, kemas serta menawarkan kelancaran penggunaan. Anda boleh lihat sendiri apa yang menarik pada video dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=8X6GgCljAQc

 
Telefon ini guna kamera yang “dicuri” 

Tidak sekadar mencuri perhatian ramai akhir-akhir ini, ada seperkara lagi yang turut “dicuri” peranti dari model flagship. Untuk pengetahuan anda semua, kamera utama yang menggalas tugas rakaman belakang adalah sensor sama yang digunapakai pada OnePlus 8 peranti flagship keluaran April lepas.

Menghadirkan sensori Sony IMX 586, ia dilengkapkan dengan ciri penstabilan imej optikal (OIS) yang dijanjikan rakaman kurang hingar dan gegar pada setiap hasil foto serta video.



Setelah menyingkap satu persatu pertaruhan yang diberi, adakah anda sudah mengenal pasti ini peranti yang dicari-cari selama ini? Tampil dengan nama Nord, simbolik kepada jarum kompas yang sentiasa menghala kearah “Nord/North” membawa erti pengeluar, OnePlus mahukan perantinya ini maju ke hadapan.



OnePlus Nord itu lah pertaruhan terbaru untuk segmen pertengahan tempatan. Mempunyai dua konfigurasi memori pilihan iaitu RAM 8GB/128GB storan dan RAM 12GB/256GB storan.



 

Masing-masing akan dijual pada harga RM1799 dan RM2399 yang merupakan Infinite Joy Bundle, akan disertakan sekali dengan OnePlus Buds secara percuma.

Artikel ini dibawakan oleh OnePlus Malaysia