Peranti Oppo Dengan Sokongan Cip Snapdragon 855 Tersenarai Di Laman Geekbench

Peminat dan pengikut industri telefon pintar dijangka akan dihidangkan dengan beberapa peranti Snapdragon 855 dalam dua atau tiga bulan mendatang.

Selepas Lenovo, Samsung dan Xiaomi, kini tiba giliran sebuah peranti Oppo pula untuk tersenarai di laman penanda aras Geekbench dengan sistem cip terkini dari Qualcomm tersebut.

Kapsyen: Technobezz


Peranti yang menggunakan kod nama "Poseidon" itu telah menerima markah yang lebih tinggi berbanding Lenovo Z5 Pro GT(3284 markah) pada ujian teras tunggal namun jauh lebih rendah pada ujian teras pelbagai (Z5 Pro GT - 12801 markah).

Walaupun tiada maklumat mengenai nama sebenar peranti ini, ramai pemerhati berpendapat bahawa ia adalah kesinambungan kepada Oppo Find X memandangkan siri tersebut adalah satu-satunya siri Oppo yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8-series.

 

Sumber: Technobezz