Peranti OnePlus Berikutnya Mungkin Bukan OnePlus 7, Dijual Pada Harga Yang Lebih Tinggi

OnePlus satu ketika dulu pernah diraikan sebagai "flagship killer" apabila menawarkan spesifikasi mantap pada harga mampu milik. Namun gelaran itu nampaknya semakin terhakis daripada mereka sejak kebelakangan ini.

Ia diburukkan lagi dengan ura-ura yang model baharu mereka selepas OnePlus 6T nanti akan dijual pada harga yang lebih tinggi. Menurut laporan Fudzilla, ia disebabkan oleh keluaran selepas ini bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Dakwa mereka, OnePlus 5G itu berkemungkinan besar akan dijual pada harga permulaan $100(~RM 420) lebih mahal berbanding OnePlus 6T. OnePlus 6T dijual bermula dari harga $549 ketika dilancarkan tempoh hari.

Kapsyen: Kredit: BGR


Dengan laporan ini, adalah hampir pasti bahawa peranti ini nanti akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8150 yang masih belum diumumkan lagi.

Selain itu, terdapat juga laporan lain yang mengatakan OnePlus 5G ini bukanlah OnePlus 7. Bagaimanapun, OnePlus 7 dengan sokongan 5G akan turut diperkenalkan apabila ia dilancarkan kelak.

Jika laporan ini benar, maka OnePlus mungkin akan memperkenalkan tiga model dalam satu tahun buat pertama kali pada 2019. Peranti 5G ini dijangka akan diperkenalkan semasa acara MWC 2019 yang akan diadakan di Barcelona pada Februari.

 

Sumber: TechRadar    Fudzilla