Peranti Meizu Mungkin Jadi Yang Pertama Menggunakan Cip Snapdragon 8150

Jika cip pemprosesan berkuasa tinggi Snapdragon yang terakhir diperkenalkan bersama sebuah peranti berkelas premium(Galaxy S9), ceritanya mungkin berbeza dengan sistem cip perdana selepas ini.

Qualcomm Snapdragon 8150 mungkin akan dirasmikan oleh peranti Meizu 16S, menurut laporan media China, Digital Chat Station baru-baru ini. Ia jelas sesuatu yang agak mengejutkan ramai pemerhati industri di luar sana.

Kapsyen: Meizu 16 (Kredit: Vaaju)


Walaupun tidak mahu memperlekehkan jenama Meizu, ramai di antara mereka yang meramalkan sistem cip ini akan diperkenalkan pada telefon berjenama popular lain seperti Samsung(Galaxy S10) atau Xiaomi(Mi 9).

Sebelum ini, timbul satu laporan yang menyatakan sebuah jenama telefon baharu, FlexPai akan bergelar telefon pertama dengan sistem cip terkini daripada Qualcomm berkenaan. Ia dijangka akan dibangunkan secara besar-besaran pada bulan Disember kelak.

Peranti manakah yang akan menjadi yang pertama hadir dengan cip Snapdragon 8150? Kongsikan tekaan anda bersama kami di ruangan komen nanti.

 

Sumber: IT Home