Peranti Kelas Permulaan Nokia C2 Dilancarkan - Cip Unisoc, 1GB RAM, Dan Android Go

Pihak HMD Global sebelum ini ada sahkan bahawa mereka akan lancarkan peranti flagship dengan Snapdragon 865. Namun untuk model pertama untuk tahun 2020, mereka mulakan dengan peranti kelas permulaan dahulu iaitu, Nokia C2.

https://youtu.be/GrHk61JehMM

Dari segi rekaan, ia hanya menggunakan rekaan tradisional dengan bezel pada bahagian atas dan bawah peranti. Tiada rekaan takuk ataupun kamera berlubang sepertimana peranti-peranti pesaing yang lain.

Peranti menggunakan paparan 5.7 inci HD+ IPS LCD, serta menjalankan perisian Android Go dalam versi Android 9 Pie. Bahagian pemprosesan pula dijana oleh cip pemprosesan 4 teras berkelajuan 1.4Ghz dari Unisoc. Sementara untuk memori, ia hanya dimuatkan dengan 1GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB yang juga menyokong kad microSD.

Nokia C2 gives Android Go another go

Hanya terdapat 1 unit lensa yang diletakkan setiap satu pada bahagian hadapan dan belakang peranti. Lensa belakang menggunakan lensa 5MP (f/2.2) berserta cahaya LED. Lensa swafoto pun turut dimuatkan dengan 5MP.

Bateri pula dilengkapi dengan kapasiti 2,800mAh namun pengecasan hanya setakat 5W sahaja. Ia juga turut menggunakan lubang micro-USB. Sebagai peranti yang memfokuskan kepada perisisian ringan Android Go, ia juga turut dimuatkan dengan butang fizikal Google Assistant untuk akses pantas pembantu maya.

Selain itu, peranti turut mempunyai bicu audio 3.5mm dan juga Bluetooth 4.2. Peranti dijual dalam pilihan warna Cyan dan Black. Untuk harga dan pasaran jualan, belum lagi terdapat maklumat mengenainya.

Sumber: Nokia