Peranti Kelas Perdana Terbaru Dari Sony - Xperia XZ 2 Premium

Selepas mengumumkan tentang pelancaran telefon pintar mereka, Xperia XZ 2 dan XZ 2 Combat pada MWC 2018 yang lepas, kini Sony hadir pula dengan peranti kelas perdana terbaru mereka, Xperia XZ 2 Premium. Sony masih mengekalkan reka bentuk Xperia XZ 2 pada Xperia XZ 2 Premium, tetapi telah menaiktaraf peranti ini dari beberapa aspek seperti kualiti kamera, resolusi paparan serta saiz memori.



Apa yang menjadi tumpuan pada peranti terbaru Sony ini ialah kualiti kameranya. Xperia XZ 2 merupakan peranti pertama dari Sony yang akan menggunakan dwi-kamera sebagai kamera utama. Peranti ini bakal hadir dengan gabungan lensa 12MP f/1.6 pengesan monokrom and a 19MP f/1.8 penembak RGB. Kamera Xperia XZ 2 Premium ini dilaporkan mampu mencapai sehingga 51,200 ISO semasa mengambil gambar serta 12,800 ISO semasa rakaman video dengan resolusi 4K HDR.

Selain itu, paparan skrin dengan resolusi 4K HDR pula merupakan salah satu aspek yang ditambah baik oleh Sony bagi peranti ini berbanding Xperia XZ 2. Ia merupakan salah satu paparan skrin yang tertinggi pernah digunakan oleh peranti telefon pintar. Manakala bagi saiz memori pula, Xperia XZ 2 Premium akan hadir dengan 6 GB RAM berbanding 4 GB pada Xperia XZ 2.



Peranti ini dijangkan akan dijual pada harga sekitar $ 900 - $ 1000 (~RM 3,500 - RM 3,900). Sony Malaysia pula masih belum membuat sebarang kenyataan berkenaan peranti ini. Ikuti laman sesawang Sony Malaysia atau laman produk Xperia XZ 2 Premium untuk perkembangan terkini berkenaan Sony Xperia XZ 2 Premium ini.

Sumber