Bercakap berkaitan perkara itu, Corning telah mengesahkan bahawa peranti pertama yang akan dilengkapi dengan panel berkenaan ialah sebuah peranti kelas perdana keluaran Oppo. Namun, mereka tidak menyatakan peranti tersebut secara spesifik dalam kenyataan media yang dikeluarkan.
Kredit : Oppo Malaysia
Bagaimanapun, pemerhati industri berpendapat bahawa peranti yang dinyatakan ialah Oppo F9 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Oppo sebelum ini telah menggunakan Gorilla Glass 5 pada model R15 Pro dan Find X mereka.
Sebagai peringatan, panel Gorilla Glass 6 didakwa mampu untuk bertahan sehingga 15 jatuhan dari ketinggian 1 meter dan ke bawah. Ini bermakna ia mempunyai daya tahan dua kali lebih baik berbanding panel Gorilla Glass 5.
Kerjasama ini pasti akan dapat mengekalkan hubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua syarikat. Ia adalah bagi memastikan pengguna dapat menggunakan peranti mereka tanpa rasa risau yang melampau tentang keselamatan peranti.
Sumber
Berkaitan
- Syarikat Facebook Secara Rasmi Bertukar Nama Kepada 'Meta'
- Google Akan Datang Bersama Wi-Fi Assistant Untuk Penguna Nexus
- Digi Dan MDEC Bekerjasama Buka OpenLab 5G Pertama Di Malaysia
- LG Dengan Kerjasama TBM Buka Cawangan Kedai Jenama Pertama Di Shah Alam
- Facebook Dedahkan Huawei Mempunyai Akses Kepada Data Pengguna Mereka
- OnePlus 6T, Bekas Flagship Killer
- Samsung Bakal Mempamerkan Peranti Baru di MWC 2017 Tetapi Bukan Galaxy S8
- Honor Play Turun Harga, 10 Unit Edisi Terhad Audi Berpeluang Untuk Dimenangi
- Google Photos Diberi Penambahan Berkongsi Gambar Dengan Sambungan 2G
- Samsung A9 (2018), Nak Ke Mana Sampai 4 Kamera