Peranti iPhone 2018 Dilapor Akan Hadir Dengan Lebih Variasi Warna

Setiap kali peranti terbaru iPhone diperkenalkan, peminat-peminat mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya. Seperti yang sering terjadi, mereka sanggup beratur panjang sejak awal pagi untuk menjadi antara pemilik terawal bagi peranti iPhone untuk tahun berkenaan.

Apple tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi mempromosikan produk iPhone mereka. Akan tetapi, terdapat sedikit keluhan daripada peminat mereka di mana peranti iPhone sering dilancarkan dengan variasi warna yang sama - hitam, perak, dan emas.


Variasi warna pada iPhone 7


Namun, berita baik untuk peminat iPhone kerana Apple dilaporkan telah mendengar keluhan mereka. Ini kerana menurut laporan 9to5Mac, model iPhone pada tahun ini dijangka akan diperkenalkan dengan lebih pilihan warna. Warna yang mungkin akan disertakan ialah biru, merah, dan jingga.

Warna merah yang terdapat pada peranti iPhone sebelum ini merupakan edisi istimewa PRODUCT(RED).  Tidak dapat dipastikan sama ada warna merah pada peranti terbaru iPhone nanti adalah edisi yang sama atau variasi warna daripada Apple sendiri.


Sumber : Apple


Apple dijangka akan memperkenalkan tiga versi iPhone pada tahun ini iaitu peranti iPhone X yang dinaiktaraf, iPhone X Plus dengan skrin 6.5 inci OLED dan sebuah model iPhone dengan harga mampu milik. Model ini dikatakan akan menggunakan paparan skrin LCD 6.1 inci dan akan hadir dengan bezel nipis pada paparan hadapan peranti.

Sumber