Menerusi video dibawah, jika anda menekan pautan hasad tersebut sebuah video akan muncul dan untuk beberapa saat selepas itu peranti anda akan mula menjadi perlahan dan gagal beroperasi. Masih belum dapat dipastikan lagi masalah apa yang berlaku dan ada sesetengah yang berpendapat ia disebabkan kebocoran memori (memory leak), dan iOS tidak tahu bagaimana untuk menanganinya.
Masalah ini turut memberi impak kepada iOS versi terdahulu seperti iOS 5. Jika ada diantara anda yang sudah tertekan pautan hasad itu, usah khuatir kerana telefon anda boleh berfungsi semula dengan cara yang berikut. Untuk semua model iPhone kecuali iPhone 7, anda boleh menekan lama butang Home dan butang Power. Pastikan anda menekan kedua-dua butang secara serentak. Bagi iPhone 7 pula, tekan serentak butang Power dan juga butang perlahankan bunyi (volume down).
Buat masa ini, pautan itu tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada pengguna yang menjadi mangsa. Apple dijangka akan memperbaiki kelemahan sistem ini pada kemaskini akan datang. Jadi, sila berhati-hati dengan pautan yang diterima. Mungkin ada rakan-rakan yang mahu mengenakan anda.
[embed]http://https://www.youtube.com/watch?v=B15nBZ7pjLs[/embed]
Sumber: 9To5Mac
Berkaitan
- (Ulasan) Neffox X9 - Tengah Mencari Telefon Pintar Bawah RM600?
- Elon Musk Berpendapat Manusia Perlu Bertukar Menjadi Cyborg Untuk Kekal Bersaing Di Masa Hadapan
- Tambah Nilai Prabayar Dikecualikan Cukai SST, Berkuatkuasa 6 September 2018
- (Ulasan) Realme C1 - Harga Murah Tapi Mewah Dengan Ciri-Ciri Menarik
- Tengah Cari Telco Yang Sesuai? Ini Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda
- realme 6 Dan 6 Pro Diperkenalkan, Paparan 90Hz Dan Pengecasan 30W
- Kini Giliran ARM Pula Menghentikan Hubungan Dengan Huawei
- MaxisOne Home Fibre Mula Tawar Tiga Pelan Baru, 300Mbps, 500Mbps Dan 800Mbps
- Cara Gantikan Arahan Suara Waze Dengan Suara Sendiri
- Berbaloi Atau Tidak Laburkan RM1099 Untuk Redmi Note 8 Pro? Mari Ikuti Bingkisan Hati Ini