Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti iOS Gagal Berfungsi Apabila Anda Menekan Pautan Hasad Ini

Peranti iOS Gagal Berfungsi Apabila Anda Menekan Pautan Hasad Ini

Diterbitkan November 23, 2016 · Dikemas kini November 23, 2016 oleh Helmi Samsuri

Pengguna peranti iOS dinasihatkan agar berhati-hati dengan pautan hasad yang dikatakan boleh menyebabkan peranti anda gagal beroperasi. Satu pautan video berformat .mp4 dipercayai akan menyebabkan telefon atau peranti iOS anda menjadi perlahan dan kemudiannya menjadi statik dan tidak berfungsi.

15182342_10205864844338803_225935560_o

Menerusi video dibawah, jika anda menekan pautan hasad tersebut sebuah video akan muncul dan untuk beberapa saat selepas itu peranti anda akan mula menjadi perlahan dan gagal beroperasi. Masih belum dapat dipastikan lagi masalah apa yang berlaku dan ada sesetengah yang berpendapat ia disebabkan kebocoran memori (memory leak), dan iOS tidak tahu bagaimana untuk menanganinya.

Masalah ini turut memberi impak kepada iOS versi terdahulu seperti iOS 5. Jika ada diantara anda yang sudah tertekan pautan hasad itu, usah khuatir kerana telefon anda boleh berfungsi semula dengan cara yang berikut. Untuk semua model iPhone kecuali iPhone 7, anda boleh menekan lama butang Home dan butang Power. Pastikan anda menekan kedua-dua butang secara serentak. Bagi iPhone 7 pula, tekan serentak butang Power dan juga butang perlahankan bunyi (volume down).

Buat masa ini, pautan itu tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada pengguna yang menjadi mangsa. Apple dijangka akan memperbaiki kelemahan sistem ini pada kemaskini akan datang. Jadi, sila berhati-hati dengan pautan yang diterima. Mungkin ada rakan-rakan yang mahu mengenakan anda.

http://https://www.youtube.com/watch?v=B15nBZ7pjLs

Sumber: 9To5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY