Peranti Ini Adalah Samsung Galaxy Fold Yang Sebenarnya Ditampal Pelekat Emas

Sebelum ini, peranti Pablo Escobar Fold 2 telah dikatakan hampir sama dengan Samsung Galaxy Fold. Kini, seorang youtuber popular Marques Brownlee, telah mendedahkan Escobar Fold 2 sebenarnya adalah Galaxy Fold yang ditampal dengan pelekat berwarna keemasan.

Pablo Escobar Fold 2

Dalam satu video yang dimuat naik, Marques telah menanggalkan pelekat pada bahagian sisi peranti tersebut. Selepas ditanggalkan, dengan jelas anda dapat melihat logo Samsung.

Walaupun ia ditawarkan dengan harga $399 (~RM1700), iaitu jauh lebih murah berbanding Galaxy Fold, terdapat berita buruk bagi pelanggan yang telah membuat transaksi dalam talian bagi mendapatkan peranti ini. Menurut Marques, syarikat di sebalik Escobar Fold 2 hanya menghantar beberapa unit kepada reviewer dan pelanggan yang membayar tidak menerimanya.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=O8FJSjy3bXA[/embed]

Dengan kata lain, pelanggan mungkin telah ditipu dalam pembelian tersebut. Terdahulu, Escobar Fold juga merupakan Royole Flexpai yang telah dijenamakan semula.

Marques juga menyatakan, sehingga kini beliau masih belum menerima Escobar Fold yang telah ditempah sejak Disember tahun lalu dan menasihatkan pengguna untuk tidak membeli peranti ini.

Sumber: Youtube MKBHD