Peranti Huawei P20 Mendominasi Carta DxOMark Dengan P20 Pro Di Tempat Pertama

Pertarungan telefon pintar kelas flagship semakin sengit dengan pengenalan peranti Huawei, P20 dan P20 Pro mulai semalam. Peranti iPhone X hadir mempopularkan rekaan takuk dan sistem nyahkunci menggunakan wajah, Galaxy S9 dengan bukaan lensa yang boleh laras dan kini P20 Pro dengan tetapan 3 kamera utama.

DxOMark sebagai organisasi penguji lensa kamera di dalam industri fotografi telah memberikan markah tertinggi setakat ini untuk peranti P20 versi Pro dalam kategori kamera telefon pintar.



Peranti terbaru dari Huawei ini merupakan peranti pertama memecah markah keseluruhan melebihi 100 dengan peranti Galaxy S9 mengekori rapat di tempat ke-3.

DxOMark menekankan beberapa faktor positif semasa permakahan peranti P20 Pro.

Antaranya adalah:

  • Butiran yang sangat baik apabila melakukan zoom pada jarak sederhana dan jauh.

  • Efek bokeh yang baik dibantu dengan anggaran kedalaman yang bagus serta kecerunan blur yang memuaskan.

  • Noise yang dikawal baik.

  • Autofokus yang cepat dan tepat.

  • Fungsi stabil yang cekap.

  • Pendedahan yang baik dalam keadaan kurang cahaya.


Terdapat beberapa faktor negatif juga yang diberi oleh DxOMark:

  • warna jingga dan merah jambu yang kadang-kala muncil semasa kondisi cahaya terang dan kawasan dalam banggunan.

  • Pendedahan, autofokus dan keseimbangan putih (white balance) yang tidak seimbang semasa zoom.

  • Butiran yang hilang ketika terdapat cahaya terang.




Kapsyen: Atas: Pixel 2 Kiri: P20 Pro Kanan: iPhone X


Namun bila diamati contoh-contoh gambar yang digunakan di laman sesawang DxOMark menggunakan 3 peranti yang berbeza, kami merasakan gambar dari peranti Pixel 2 tampak lebih semulajadi tanpa penambahan dari segi proses pemprosesan perisian imej yang keterlaluan.