Peranti Edisi Terhad OnePlus 6 Dengan Warna Putih Akan Mula Dijual Pada 5 Jun Ini

OnePlus 6 sebelum ini telah dilancarkan dengan dua pilihan model iaitu Hitam dan edisi khas Avengers. Bagaimanapun, edisi Avengers hanya diperkenalkan secara rasmi pada pasaran India sahaja, dan jualannya adalah sangat memberansangkan.

Berikutan dengan itu, baru-baru ini OnePlus telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan satu lagi edisi terhad bagi peranti tersebut. Edisi terhad kali ini akan hadir dengan warna Putih Lembut atau Soft White.



Malah, peranti tersebut juga akan hadir dengan warna merah jambu pada pengimbas cap jari, logo OnePlus di belakang peranti serta bingkai peranti. Namun versi ini hanya boleh didapati pada variasi 8GB RAM/128GB ROM sahaja pada harga $ 579(~RM 2303).


Kredit : The Verge


Status berkenaan edisi ini bagi pasaran Malaysia masih menjadi tanda-tanya namun jika ia dilancarkan, OnePlus dijangka tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk menjualnya. Ini berdasarkan prestasi jualan edisi terhad pada peranti OnePlus sebelum ini.

Sumber