Peranti Dengan USB4 Bakal Berada Di Pasaran Tahun Hadapan

Sambungan terbaru, USB4 sudah diumumkan oleh USB Implementers Forum (USB-IF) badan yang bertanggungjawab menguruskan spesifikasi teknologi tersebut.

USB4 menawarkan kelajuan dua kali ganda berbanding USB 3.2 dimana ia turut menggabungkan teknologi Thunderbolt dari Intel yang biasa dilihat pada peranti dan komputer riba berspesifikasi tinggi. Ia umpama gabungan teknologi Thunderbolt dan USB-C.

Pengumuman yang dibuat semalam itu bakal memberi ruang kepada pembangun perisian dan perkakasan dalam membangunkan produk dengan sokongan USB4. Bakal menggunakan reka bentuk sama seperti USB-C ia juga serasi digunakan bersama peranti dengan USB 3.2, USB 2.0 dan Thunderbolt 3. Memandangkan piawaian ini sudah dimuktamadkan, ia diramal hadir di pasaran sekitar tahun hadapan.